24.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 27, 2021

Amanat Hari Kebangsaan Jawab Persoalan Rakyat – Ahmad Zahid

amanat-najib-zahid

Amanat Hari Kebangsaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini, sarat dengan jawapan yang selama ini menjadi persoalan di minda rakyat khususnya mengenai kemerosotan nilai ringgit dan beberapa isu lain yang sebelum ini tiada jawapan rasmi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penjelasan yang menggunakan bahasa mudah itu dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.

“Perdana Menteri merasakan bahawa semua kumpulan khalayak masyarakat harus memahami kecuali mindanya tertutup dan dihijabkan supaya tidak menerima apa sahaja perubahan dan amanah yang diberikan melainkan diri mereka sahaja yang benar,” katanya kepada pemberita di sini, Ahad malam.

Ketika menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini, Najib berikrar beliau dan barisan pentadbirannya tidak akan membiarkan Malaysia jatuh malah akan terus membangunkan tanah air supaya kekal makmur di persada dunia.

Turut hadir pada majlis itu, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, menteri-menteri kabinet, wakil badan bukan kerajaan, penjawat awam dan mahasiswa.

Ahmad Zahid berkata masyarakat harus berlapang dada dan membuka minda terhadap penjelasan berkenaan, dan memberi peluang kepada kerajaan untuk membuktikan komitmen dalam membangunkan negara.

“Tentunya rakyat menjadi hakim kepada mahkamah pilihan raya dan sementara pilihan raya akan datang, Perdana Menteri meminta berikan peluang kepada kerajaan yang ada untuk membuktikan pencapaian kepada aku janji yang telahdilontarkan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata jika rakyat mahukan rasionaliti dalam tindakan kerajaan, maka mereka perlu memahami hasrat kerajaan dalam memakmurkan negara dan memberi keselesaan kepada rakyat.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.