AMARAN ANINA ‘SEKIRANYA SAYA TEKAN BUTANG KUNCI INI, LEDAKANNYA AKAN MENGHANCURKAN SEMUA’ - pakdin.my

Amaran Anina kepada “Orang Atasan” dalam Parti Cap Bunga.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya menulis nota ini ketika sedang melihat anak-anak saya bermain di gigi air pantai Bagan Lalang. Seronoknya saya melihat mereka berlari dan ketawa sambil mengutip kulit siput untuk dibaling ke laut.

Saudara dan saudari,

Saya ingin hidup bahagia bersama insan-insan yang saya sayangi. Itu cukup bermakna buat saya. Kerana itu juga, saya tidak banyak bercerita tentang kehidupan peribadi kepada khalayak. Mereka nyawa saya. Saya tidak akan meletakkan mereka di tempat kedua kerana mereka sebab utama kenapa saya berjuang untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.

Bagi saya, kehidupan peribadi bersama insan-insan istimewa dalam hidup adalah territory yang akan saya lindungi dengan nyawa saya sebagai wanita dan ibu.

Kepada mereka yang begitu ghairah bermain dengan kehidupan seorang ibu kepada 3 srikandi hidup saya ini, saya ingin berpesan. Kuncinya ada pada saya. Anda perlu tahu bahawa sekiranya saya TEKAN butang kunci ini, ledakannya akan menghancurkan semua. Jangan sampai saya fikir anda di atas sana lebih teruk dari apa yang ada di sebelah sinun.

Saya sudah cukup baik selama ini. Saya tidak melayan isu sampah, namun pada masa yang sama anda masih sumbatkan sampah ke mulut rakyat.

Jika benar saya mahu kebahagiaan, saya akan pilih lelaki budiman, bukan sampah yang bertaburan apabila tidak dapat apa yang dihajati. Ingatlah kepada Allah kerana Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Manusia yang budiman tidak akan meroyan apabila bertepuk sebelah tangan. Siang malam melalak kerana dendam hajat tak kesampaian, itu bukan manusia yang baik.

Saya sendiri yang tentukan siapa raja yang ingin saya pilih untuk bertakhta di hati saya. Saya ingin menjadi permaisuri di hati lelaki budiman, bukan perempuan kepada lelaki bersifat peribadi seperti binatang yang mengamuk umpama serigala gila yang gagal mendapat bunga di taman larangan.

Diam tidak beerti saya kalah. Kalah juga tidak beerti saya hilang semuanya. Begitu juga jika saya menang, tidak beerti saya dapat semuanya.

Jika saya berdiri di hadapan Presiden kepada sebuah parti yang berkuasa tanpa gentar, saya juga akan berdiri di hadapan sesiapa sahaja yang kencing perjuangan saya.

Jika anda tidak tahu erti keadilan, pembelaan dan sifat keperimanusiaan, anda tidak layak duduk di sebelah saya.

Salam dari seorang wanita,

Anina Saadudin

UTAMAPOLITIKAMARAN ANINA 'SEKIRANYA SAYA TEKAN BUTANG KUNCI INI, LEDAKANNYA AKAN MENGHANCURKAN SEMUA'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium