BEERSIH 2.0 – Ambiga Menghadap Tuanku Mizan - pakdin.my

Pengerusi Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga berjaya menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abdin di Istana Negara.

Pertemuaan tersebut dipercayai bagi memohon perkenaan Seri Paduka Baginda berhubug Perhimpunan Bersih yang akan diadakan Sabtu ini.

Difahamkan Ambiga hadir bersama-sama dengan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin.

Beliau dilihat keluar meninggalkan perkarangan istana pada pukul 3.30 petang tadi.

Kira-kira tiga trak anggota polis berkawal di perkarangan istana bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan Bersih yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Tuanku Mizan.

UTAMABERITABEERSIH 2.0 - Ambiga Menghadap Tuanku Mizan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium