25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, December 4, 2020

Ambiga nampak kuman sahaja

ambigaa 1M

Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak, itulah peribahasa paling tepat bagi menggambarkan sikap bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga yang mencabar Perdana Menteri Najib Abdul Razak supaya mengisytiharkan hartanya.

Desakkan beliau itu kononya bagi memberi ruang kepada Najib untuk menunjukkan komitmen pentadbirannya dalam memerangi rasuah yang dakwa beliau semakin kritikal.

Malu sungguh orang seperti Ambiga yang berjuang kononnya untuk BERSIH tetapi sentiasa berat sebelah bila membuka mulut.

Ambiga sepatutnya mencabar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang gagal mengisytiharkan hartanya secara telus.

Sebab itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menganggap cabaran Ambiga itu berat sebelah kerana gagal membuat perkara yang sama terhadap rakan dalam pembangkang.

“Ambiga tidak kritik MB Selangor walaupun MB tidak iystihar hartanya. Ambiga tidak marahkan MB Selangor walaupun MB kata Exco Sgor tak boleh isytihar harta kerana faktor keselamatan.


“Ambiga tak kedengaran bersuara bila skandal pasir juta juta ringgit akibat korupsi & salah gunakuasa di Selangor berlaku,” kata beliau dalam laman sosial twitternya, Jumaat.

Abdul Rahman membidas laporan portal pembangkang yang menggambarkan Ambiga sebagai seorang aktivis masyarakat madani tetapi realitinya juga aktivis politik pembangkang.

Tambah beliau, Ambiga tidak mampu untuk mengkritik kelemahan pentadbiran pembangkang dan sebagai aktivis beliau lebih berminat bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional daripada bertindak adil.

Sewaktu Majlis Angkat Sumpah Exco kerajaan negeri Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada penghujung Mei tahun lalu, Abdul Khalid menegaskan semua Exco kerajaan negeri berkenaan harus mengisytiharkan aset mereka semasa Exco itu berada di dalam jawatan berkenaan.

Kemudian Abdul Khalid menarik semula keputusan tidak membuat pengisytiharan aset awam dengan alasan demi kepentingan keselamatan peribadi ahli-ahli exco dan keluarga mereka.

Berita Berkaitan

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...