26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

Ambil insurans perjalanan dan perubatan jika bercuti ke Thailand – duta

BANGKOK – Rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand semasa cuti persekolahan dan pada musim perayaan tidak lama lagi, digesa untuk mengambil insurans perjalanan dan perubatan untuk mengelakkan membayar kos yang tinggi sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel menjangkakan ramai rakyat Malaysia akan melancong ke negara itu terutama di selatan Thailand semasa cuti Krismas dan Tahun Baharu tidak lama lagi.

“Kami nasihatkan rakyat Malaysia untuk lebih berhati-hati dan berwaspada untuk menjaga barangan peribadi terutamanya pasport.

“Dapatkan insurans perjalanan dan perubatan walaupun untuk tempoh percutian yang singkat ke Thailand. Mereka yang mempunyai keluarga besar boleh mengambil insurans berkelompok yang menawarkan perlindungan perubatan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

“Jangan ambil mudah perkara ini (insurans perubatan dan perjalanan). Kami tidak mahu mereka jatuh sakit tetapi selalunya, apa-apapun boleh berlaku. Terdapat kes rakyat Malaysia yang dimasukkan ke hospital,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Perhimpunan Akhir Tahun di Kedutaan Malaysia di sini.

Jojie juga menggesa rakyat Malaysia terutamanya mereka yang memandu ke selatan Thailand untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelakkan memandu pada waktu malam.

Bagi mereka yang menyewa kereta untuk melakukan perjalanan di sini, beliau berkata pemandu harus pastikan kenderaan itu diinsuranskan sepenuhnya.

“Ambil insurans pihak pertama yang melindungi pemandu dan kenderaan serta individu lain yang terlibat dalam kemalangan. Pemandu Malaysia biasanya mengambil insurans pihak ketiga yang tidak melindungi mereka, hanya pihak lain. Ia hanya perlu buat penambahan sedikit, jadi adalah lebih baik ambil insurans pihak pertama,” katanya.

Sementara itu, Jojie juga menasihati rakyat Malaysia yang mengunjungi Thailand untuk mengetahui perkara yang boleh dilakukan dan dilarang di negara itu.

Bagi bantuan segera, pelancong Malaysia boleh menghubungi Hotline Polis Pelancongan Thailand di talian 1155 atau pergi ke Pusat Bantuan Pelancongan Thailand berhampiran.

Sekiranya berlaku kecemasan (selepas waktu pejabat) hubungi pegawai bertugas di kedutaan iaitu di talian : +668 7028 4659 dan alamat kedutaan adalah : 33-35 South Sathorn Road Tungmahamek, Sathorn Road, Bangkok.

Telefon: +66-2-629 6800 (talian umum) atau +66-2-629 6831/3904/4103/2304 (untuk urusan konsular semasa waktu kerja).

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...