25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 19, 2020

Ambil Kira Kelayakan Bukan Jantina Jadi Calon BN: Ghapur

TAWAU, 7 Sept — Pemilihan calon bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum perlu mengutamakan kelayakan individu berkenaan dan bukan didasarkan kepada jantina semata-mata, kata Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Katanya antara kriteria yang perlu dimiliki bakal calon ialah rajin dan ikhlas bekerja serta berupaya membawa pembangunan dan kemakmuran kepada rakyat di kawasan yang diwakili.

“Kita mahu melihat calon yang dipilih itu adalah orang yang benar-benar mampu bekerja untuk rakyat, selari dengan hasrat dan matlamat sebenar perjuangan Barisan Nasional.

“Kalau jantina yang menjadi kayu ukur sedangkan calon itu tidak mampu melaksanakan tugas dengan berkesan dan hanya tahu mencari publisiti, matlamat perjuangan BN sudah pasti tidak tercapai,” katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Ghapur, yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Kalabakan Datuk Hamisa Samat baru-baru ini yang meminta pucuk pimpinan BN supaya meletakkan 30 peratus calon wanita pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ghapur berkata peranan Umno Bahagian dalam pemilihan calon tidak boleh dipandang ringan oleh pimpinan BN dan perakuan mereka perlu diutamakan bagi memastikan calon yang dipilih benar-benar berkelayakan.

“Apapun dalam hal ini, Perdana Menteri sudah tentu ada ‘spy’ yang berperanan melihat calon-calon yang benar-benar layak,” katanya.

Mengenai tuntutan Parti Liberal Demokratik (LDP) ke atas semua enam kerusi yang dimenangi Parti Maju Sabah (SAPP) pada pilihan raya umum lalu sebelum meninggalkan BN, Ghapur meminta parti itu supaya tidak mementing diri sendiri.

Katanya sebelum membuat tuntutan, pemimpin LDP sepatutnya memikirkan terlebih dahulu sama ada mereka berupaya mempertahankan kerusi mereka yang sedia ada atau sebaliknya.

Menurut Ghapur Umno Kalabakan tetap dengan pendiriannya untuk menuntut semula kerusi Dewan Undangan Negeri Merotai yang kini disandang wakil LDP.

Berita Berkaitan

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,342PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...