Friday - July 30, 2021 @ 00:34
BERITAAmCham: PKPD abai kejayaan syarikat yang kekalkan standard keselamatan tertinggi

AmCham: PKPD abai kejayaan syarikat yang kekalkan standard keselamatan tertinggi

Dewan Perdagangan Amerika – Malaysia (AMCHAM) melahirkan kebimbangan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) yang telah mengabaikan kejayaan syarikat-syarikat yang secara konsisten mengekalkan standard keselamatan tertinggi di premis mereka. 

Ketua Pegawai Eksekutif AMCHAM Siobhan Das berkata sejak beberapa bulan kebelakangan ini, banyak syarikat multinational telah meningkatkan pemeriksaan kesihatan untuk melindungi tenaga kerja mereka,  satu langkah yang telah dipuji oleh pihak berkuasa tempatan dan persekutuan.

“Sudah tiba masanya pihak berkuasa mula membezakan antara pelaku yang baik dan buruk serta membolehkan syarikat yang mempunyai rekod prestasi yang terpuji untuk beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Das berkata mengunci persekitaran kerja yang selamat yang dipantau dengan teliti berpotensi memburukkan lagi penularan dalam komuniti yang mana penduduk tidak diuji atau diperiksa secara teratur.

“Lebih-lebih lagi, banyak kemudahan yang canggih tidak dapat dimatikan dan dihidupkan semula apabila diperlukan, faktor yang seolah-olahnya telah terlepas daripada pihak berkuasa termasuk kumpulan yang menuntut sekatan sepenuhnya,” kata beliau lagi.

AMCHAM juga telah menggesa kerajaan untuk menggunakan pendekatan yang lebih seimbang serta bekerjasama dengan industri bagi melindungi nyawa dan kehidupan melalui penglibatan aktif dengan syarikat-syarikat ini.

“Naratifnya adalah menyokong tenaga kerja yang terlibat dengan selamat dan pada masa yang sama, bekerjasama dengan masyarakat untuk menangani potensi titik masalah akan menyumbang dalam mengekalkan Malaysia sebagai bahagian kritikal ekonomi global,” katanya.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPD di 34 daerah di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari, mulai 3-16 Julai, 2021.

 

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here