Statistik Corona

Malaysia
2,442,224
Confirmed
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
Malaysia
2,340,390
Recovered
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
Malaysia
73,258
Active
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
Malaysia
28,576
Deaths
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm

Malaysia

Malaysia
2,442,224
Confirmed
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
Malaysia
2,340,390
Recovered
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
Malaysia
28,576
Deaths
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm

Indonesia

Indonesia
4,241,090
Confirmed
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
Indonesia
4,084,831
Recovered
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
Indonesia
143,270
Deaths
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm

Thailand

Thailand
1,875,315
Confirmed
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
Thailand
1,758,297
Recovered
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
Thailand
18,922
Deaths
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm

Global

All countries
245,345,217
Confirmed
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
All countries
220,698,891
Recovered
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm
All countries
4,980,034
Deaths
Updated on October 27, 2021 16:36 4:36 pm

AMERIKA SYARIKAT TIDAK AKAN TARIK BALIK, KURANGKAN PELABURAN DI ISKANDAR

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri yakin pelabur Amerika Syarikat (AS) akan menimbang pelbagai faktor, sebelum membuat keputusan untuk menarik balik atau mengurangkan pelaburan mereka di Johor.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata berdasarkan perkembangan politik semasa yang menyaksikan Donald Trump dipilih sebagai presiden baharu AS, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan ada dasar baharu diperkenalkan, sekali gus mempengaruhi pasaran dan pelaburan global.

“Tetapi, kita percaya bahawa bagi mana-mana syarikat, mereka akan melihat kepada banyak faktor. Tambahan, di AS, pihak swasta dan kerajaan adalah dua perkara berbeza, jadi, kita berkeyakinan bahawa AS akan ‘go the basic’ pada akhirnya,” kata beliau dalam sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, Isnin.

Mohamed Khaled berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Tan Chen Choon (DAP-Jementah) yang bertanyakan mengenai strategi kerajaan negeri dalam menangani isu pelabur AS yang mungkin menarik balik atau mengurangkan aktiviti pelaburan di negeri ini susulan perkembangan politik baharu di negara mereka.

Berdasarkan statisitik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dari 2006 hingga September lepas, Mohamed Khaled berkata AS merupakan pelabur ketiga tertinggi di Iskandar Malaysia dengan nilai pelaburan sebanyak RM7.06 bilion.

Pelaburan ini menumpukan kepada sektor pembuatan dengan nilai RM5.63 bilion dan sektor perkhidmatan sebanyak RM1.43 bilion.

Selain AS, negara lain yang turut melabur di Iskandar ialah China, Singapura Sepanyol, Jepun, Korea, Jerman, Australia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Mohamed Khaled.

Beliau berkata bagi China sahaja, sebanyak RM23.78 bilion nilai pelaburan telah dicatat dalam tempoh yang sama, meliputi sektor pembuatan (RM1.37 bilion), hartanah (RM21.98) dan lain-lain sebanyak RM430 juta.

Jumlah pelaburan ini menjadikan China terus kekal sebagai pelabur asing tertinggi di Iskandar, diikuti Singapura dengan nilai pelaburan sebanyak RM20.01 bilion.

Menjawab soalan Norshida Ibrahim (BN-Buloh Kasap) mengenai sama ada kerajaan negeri menyediakan insentif bagi menarik pelabur asing, Mohamed Khaled berkata insentif lazimnya diberikan oleh kerajaan pusat dan bukan oleh kerajaan negeri.

Namun, menurut beliau, keputusan untuk mana-mana syarikat melabur di Johor adalah dibuat berasaskan pelbagai faktor termasuk kestabilan politik negara.

“Kedua, menjalankan perniagaan di Johor adalah sangat kompetitif berbanding Singapura, dengan kos kita adalah 60 peratus lebih rendah daripada Singapura dan 30 peratus rendah dari Kuala Lumpur.

“Kita juga berdekatan dengan pasaran di Asia. Dalam tempoh enam jam, menerusi jalan pengangkutan udara, kita boleh sampai ke bandar-bandar utama seperti Jepun, Seoul (Korea), Beijing (China) dan Australia,” kata Mohamed Khaled yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas.

20161122-iskandar-malaysia-johor

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021