Amir Ukays miliki pistol angin direman - pakdin.my

amir-ukays-senjata-api

Bekas vokalis sebuah kumpulan yang ter­kenal di era 1990-an ditahan reman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki sepucuk pistol angin.

Penyanyi lelaki berusia 46 tahun itu yang kini sedang menyertai pertandingan realiti nyanyian di sebuah stesen televisyen berbayar ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, pihaknya memohon perintah tahanan reman terhadap suspek selepas memberkasnya di susur jalan Kampung Chubadak, Sentul di sini pada pukul 1.45 pagi.

“Pada mulanya sepasukan polis mendekati suspek yang ketika itu berada dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta Proton Gen2.

“Suspek diberkas selepas pemeriksaan yang dilakukan di dalam kenderaan terbabit menemukan sepucuk pistol angin jenis Walther CP99 warna hitam di tempat duduk pemandu yang dipercayai miliknya,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Munusamy, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pernah terbabit dengan kes dadah pada tahun 2004.

Bagaimanapun, ujarnya, suspek negatif dadah ketika ujian air kencing dilakukan.

UTAMABERITAAmir Ukays miliki pistol angin direman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium