Amri bantu Sabah benam Melaka

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

KOTA KINABALU: Dua gol pemain berpengalaman, Mohd Amri Yahyah berjaya membantu Sabah Football Club (FC) membenam Melaka United 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, di sini, sebentar tadi.

Aksi awal separuh masa pertama menyaksikan permainan agak menarik apabila banyak serangan bahaya dilakukan kedua-dua pasukan khususnya Sabah FC.

Sabah FC tidak perlu menunggu lama untuk mencetak gol pertama apabila pemain berpengalaman, Amri menanduk masuk sepakan sudut Saddil Ramdani pada minit ke-6 bagi menjadikan kedudukan 1-0.

Tersentak dengan jaringan itu, Melaka United cuba mencari gol penyamaan yang pantas dan hampir memperoleh pada minit ke-7, namun, rembatan dari luar kota penalti Sony Norde hanya sedikit tersasar.

Seminit kemudian, giliran penyerang import Sabah FC, Sam Johnson melakukan cubaan dari luar kotak penalti tetapi ia juga tidak menepati sasaran.

Pada minit ke-16, Mohd Azzizan Nordin menjaringkan gol kedua buat Sabah FC hasil satu rembatan cantik di dalam kotak penalti selepas dia melepasi kawalan seorang pertahanan lawan bagi menjadikan kedudukan 2-0.

Melaka United mempunyai peluang baik untuk membuka akaun jaringan namun rembatan Alex Dos Santos pada minit ke-27 berjaya dihalang penjaga gol Sabah, Robson Rendy Rining dan kedudukan 2-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, sentuhan Amri pada minit ke-47 sekali lagi menghadirkan kegembiraan buat penyokong tuan rumah melalui sepakan akrobatik selepas menerima hantaran Park Taesu terus menewaskan penjaga gol Melaka United bagi menjadikan kedudukan 3-0.

Walaupun ketinggalan tiga gol, pasukan pelawat tidak putus asa untuk mencari gol namun beberapa serangan bahaya termasuk sepakan percuma Norde pada minit ke-59 yang gagal menemui sasaran.

Pada minit ke-65, gol yang dicari-cari Melaka United akhirnya muncul hasil jaringan Mohd Fakhrullah Rosli yang menyempurnakan bola muntah daripada Robson bagi menjadikan kedudukan 3-1.

Jaringan itu ternyata menyuntik semangat Melaka United untuk terus memburu gol menerusi beberapa lagi serangan namun kekentalan barisan pertahanan yang dikemudi Risto Mitrevski dan Rawilson Batuil menggagalkan usaha pasukan pelawat itu.

Pada minit ke-80, Johnson mempunyai peluang untuk menambah jaringan buat Sabah FC namun penjaga gol lawan berjaya menyelamatkan rembatan kaki kirinya.

Kedudukan 3-1 itu kekal sehingga pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria meniupkan wisel penamat.

Dengan kemenangan itu, Sabah FC kini mengumpul 16 mata hasil daripada empat kemenangan, empat seri dan empat kekalahan.

BACA juga:

Leave a Reply