Anak Mat Sabu ditahan positif ganja - pakdin.my

Anak lelaki kepada Menteri Pertahanan, ditahan positif dadah di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur jam 12.30 tengah malam tadi.

Suspek berusia 31 tahun itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu oleh polis Narkotik Daerah Dang Wangi.

Roda Pena difahamkan dalam serbuan berkenaan, seramai 101 individu telah diperiksa membabitkan 55 wanita dan 46 lelaki.

Hasil pemeriksaan itu, dua lelaki berusia 33 dan 31 tahun telah ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

UTAMABERITAAnak Mat Sabu ditahan positif ganja

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium