31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 6, 2021

Anak, menantu dan cucu pengerusi MPPK Kampung Alah Batu maut kebakaran awal pagi

HULU SELANGOR: Sepasang suami isteri bersama bayi lelaki mereka maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Alah Batu, Jalan Kuala Slim di Slim River, awal hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 3.51 pagi.

“Kami segera mengerahkan anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Slim River serta bantuan dari Tanjung Malim dan Kuala Kubu Bharu bagi kerja menyelamat sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya menemui mayat suami isteri berusia lingkungan 30-an bersama bayi berusia hampir setahun berkenaan di dalam bilik pertama rumah berkeluasan 20×60 kaki persegi itu yang mengalami kebakaran sebanyak 70 peratus.

“Semua mangsa disahkan maut di tempat kejadian,” katanya.

Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk tindakan lanjut. — Bernama 

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.