Anak muda Hulu Selangor serah 800 borang keahlian kepada Presiden UMNO

Sebanyak 800 borang permohonan menjadi ahli UMNO telah diserahkan kepada Presiden UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi di majlis perasmian mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Selangor yang berlangsung pada sabtu 3 Julai 2019.

Borang keahlian disampaikan oleh wakil kepada kumpulan anak muda Hulu Selangor yang menyedari hanya UMNO mampu memperjuangkan Agama Bangsa dan Tanah Air.

Saudara Aidy Rizman dari Felda Sungai Tengi Selatan menyerahkan borang keahlian mewakili peminat dan penggiat sukan permotoran lasak.

Beliau merupakan pelumba motorcross dan ikon permotoran Motorcross Hulu Selangor yang aktif menyertai pertandingan motorcross peringkat kebangsaan.

Sementara itu pemilik francais D’Famous Zul Mee Kari, Saudara Ahmad Shahril Bin Ahmad Tajnie menyerahkan borang keahlian mewakili anak muda yang juga dari kalangan usahawan kecil dan sederhana.

Ahmad Shahril memiliki rangkaian francais yang bertempat di KL Sentral, RNR Hulu Benam dan di Kuala Kubu Bharu 2.

Tidak ketinggalan kalangan penuntut pusat pengajian tinggi yang diwakili oleh Saudari Nur Nabilah Faizureen Binti Mohd Mokhtar turut menyerahkan borang keahlian UMNO bagi pihak rakan siswa.

Nur Nabilah merupakan penuntut IPTA DI peringkat ljazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam bidang Binaan Bangunan.

2 KOMEN

Comments are closed.