Anak Muda Tidak Minat Sertai Parti Baharu - pakdin.my

Selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Pribumi didaftarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, ia menjadi bahan `troll’ di media sosial.

Kata-kata sindiran yang pedas telah diluahkan oleh netizen, yang turut menggelar Pribumi sebagai parti dinasour, kerana dibarisi oleh mereka yang usianya sudah senja.

Tanpa matlamat jelas dalam perjuangannya, kecuali untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata, ia sama sahaja seperti parti pembangkang lain. Ia tiada keistimewaan, hanya mendapat perhatian untuk sementara waktu disebabkan parti ini adalah parti Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Setakat mana Pribumi akan bertahan? Ia hanya akan menjadi ulangan kepada sejarah Parti Semangat 46 dan Parti Negara, yang kemudiannya berkubur begitu sahaja.

Pribumi ini tiada gagasan, tiada ideologi kecuali menyerang Najib Razak jadi siapalah yang mahu menyokongnya. Malahan reputasi Mahathir dan Muhyiddin juga telah merudum disebabkan mereka berterusan menyerang Najib.

Dan tindakan mereka menubuhkan Pribumi ini menunjukkan bahawa mereka tidak boleh menerima kekalahan, sesudah disingkirkan oleh UMNO.

Jika anda seorang anak muda, mahukah anda menyertai parti ini yang ternyata tidak memperjuangan agenda kebajikan ataupun pembangunan negara? Sudah tentu anak muda tidak akan berminat menyertainya apatah lagi banyak parti lain yang ada di negara ini.

Jangan pandang ringan akan penyertaan golongan muda dalam sesuatu parti, apatah lagi parti yang baru didaftarkan.

Satu kajian yang dijalankan sebelum ini terhadap pemilihan parti oleh golongan muda menunjukkan bahawa rata-rata anak muda akan memilih parti yang memberikan ruang dan tempat untuk mereka iaitu sesuatu yang sukar dilakukan dalam Pribumi disebabkan masih ada `dinosaur’ di dalamnya.

parti-baharu-pribumi-bersatu

UTAMAPOLITIKAnak Muda Tidak Minat Sertai Parti Baharu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium