31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 25, 2021

Anak Panda Mula Dipertontonkan Untuk Umum

anak-panda-zoo-negara

Anak panda kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang, mula dipertontonkan kepada orang ramai di Zoo Negara, hari ini.

Anak panda yang dilahirkan pada 18 Ogos lepas itu ditempatkan di dalam bilik kaca bermula 2.30 petang ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata anak panda itu dipamerkan hari ini selepas tiga bulan dilahirkan, dilihat bakal meningkatkan 25 peratus pengunjung ke Zoo Negara.

“Saat ini yang ditunggu oleh pengunjung dan dengan adanya pelbagai promosi yang dilakukan Zoo, pasti ia juga menyumbang kepada penambahan pengunjung,” kataya pada sidang media sesi pengenalan anak panda gergasi di sini.

Wan Junaidi turut mengumumkan tarikh pertandingan menamakan anak panda itu yang akan diadakan selama sebulan bermula hari ini sehingga 17 Dis depan.

“Orang ramai boleh menyertai pertandingan itu dengan melayari portal rasmi kementerian, dan syarat-syaratnya mesti mempunyai maksud yang cantik, original dan boleh diterjemahkan dalam pelbagai bahasa,” katanya.

Wan Junaidi berkata keputusan penamaan anak panda gergasi itu akan diumumkan selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua negara, China dan Malaysia.

Anak panda itu akan dihantar pulang ke China selepas dua tahun berada di sini.

Mengikut perjanjian antara kerajaan Malaysia dan China, Xing Xing dan Liang Liang akan menetap di sini selama 10 tahun.

Pasangan panda gergasi yang dipinjamkan China tiba di negara ini pada 21 Mei tahun lepas sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun antara Kuala Lumpur dan Beijing.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.