Anak Saudara Azmin Ali, MB Selangor Ditahan SPRM, RM4j Dibekukan - pakdin.my

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan seorang anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, atas tuduhan rasuah melibatkan projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor yang dianugerahkan oleh Menteri Besar Selangor.

Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid, 34,  dan 2 lagi ahli perniagaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya No.35 Jalan Desa Pandan Kuala Lumpur kira-kira 1 tengahari semalam.

Mereka dijangka direman hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM.

Dalam serbuan itu sejumlah lebih RM 4 juta ditemui dan beberapa akaun dibekukan.

Nuzul Fadli difahamkan tidak bekerja namun dipercayai kaya-raya hasil rasuah di negeri Selangor menggunakan kedudukannya sebagai anak saudara Menteri Besar Selangor.

Semakan menunjukkan Nuzul Fadli sentiasa menyertai program Azmin Ali, menyertai segala mesyuarat, memiliki kenderaan mewah, kediaman serta sentiasa bercuti di luar negara walaupun tidak mempunyai pekerjaan.

UTAMABERITAAnak Saudara Azmin Ali, MB Selangor Ditahan SPRM, RM4j Dibekukan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium