26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Analisis FBI Terhadap Simulator Juruterbang #MH370 Siap Tidak Lama Lagi

MH370-Simulator-FBI

WASHINGTON: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan melengkapkan analisis data dari simulator penerbangan yang diambil dari rumah juruterbang pesawat MH370 yang hilang, menurut pengarah agensi dari Amerika Syarikat itu, Rabu.

Pegawai-pegawai dari Malaysia telah meminta FBI untuk membantu mendapatkan kembali fail yang telah dipadam dari cakera keras simulator berkenaan.

Ketua FBI James Comey memberitahu mereka yang berkepentingan bahawa pakar-pakar telah bekerja ‘sepanjang 24 jam’ untuk menyelesaikan analisis dengan harapan data yang diperolehi boleh menyediakan petunjuk tentang apa yang berlaku kepada penerbangan MH370 yang hilang 8 Mac lalu dengan 239 penumpang dan anak kapal di dalam pesawat.

Malaysia “memberi kepercayaan terhadap kemampuan teknikal kami yang melibatkan penggunaan komputer forensik tertentu. Kerja-kerja itu sedang berterusan,” Comey memberitahu mesyuarat jawatankuasa kecil Dewan bagi membincangkan anggaran bajet FBI bagi 2015.

“Saya tidak mahu mengatakan lebih lanjut mengenai perkara itu dalam suasana terbuka, tetapi saya berharap ia dapat dilakukan dalam masa tidak lama lagi.”

Polis Malaysia mengeluarkan simulator dari rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah hampir dua minggu lalu, selepas penyiasat berkata mereka percaya Boeing 777 secara sengaja telah mengubah laluan dari laluan asal.

Malaysia pada Isnin mengumumkan terdapat bukti data menunjukkan pesawat terhempas di selatan Lautan Hindi.

Comey tidak menyatakan sama ada hasil analisis akan didedahkan kepada awam.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...