Anggota APM mogok kerana elaun disekat? - pakdin.my

Hari ini ramai anggota Angkatan Pertahanan Malaysia APM yang dahulu dikenali sebagai JPAM terkejut kerana mendapat berita elaun mereka tidak dapat dibayar sehingga tahun hadapan.

Menurut sumber yang telah viral, APM dikatakan sudah tidak mempunyai cukup dana untuk membayar elaun kepada mereka.

Baki elaun bulan Ogos dan September mungkin akan dibayar pada Februari 2019.

Pihak pengurusan tertinggi APM juga dikatakan telah cuba berusaha berjumpa dan berunding dengan beberapa pihak termasuk Timbalan Ketua Setuausaha Jabatan Pertahanan Awam Malaysia tentang peruntukan tambahan tapi dimaklumkan, masih belum ada jawapan setakat ini.

Pihak pengurusan menasihatkan kepada semua anggota samada mereka ambil cuti tanpa gaji dari APM ataupun cari kerja lain.

Pihak pengurusan APM juga tiada halangan bagi anggota yang ingin meletak jawatan ataupun berhenti.

Pihak JPM akan dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai keadaan ini.

https://www.facebook.com/170782270254978/posts/241596349840236/

UTAMABERITAAnggota APM mogok kerana elaun disekat?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium