Wednesday - August 4, 2021 @ 02:12
NASIONALSABAHAnggota keselamatan pertahan negara mati syahid: Imam Besar Makkah #CerobohSabah

Anggota keselamatan pertahan negara mati syahid: Imam Besar Makkah #CerobohSabah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaminkan bacaan doa ketika memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail dan Prebet Ahmad Farhan Roslan yang tiba di Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) di sini, Rabu. Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (tiga, kanan) dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (dua, kiri)
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaminkan bacaan doa ketika memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail dan Prebet Ahmad Farhan Roslan yang tiba di Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) di sini, Rabu. Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (tiga, kanan) dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (dua, kiri)

Imam Besar Masjid Aba’ah, Makkah, Syeikh Mohammad Sharif Mohammad Imrani al-hafiz berkata anggota pasukan keselamatan Malaysia yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara mati syahid.

Katanya umat Islam wajib mempertahankan negaranya daripada pencerobohan asing dan mati dalam peperangan kerana ia adalah syahid fisabilillah dan Allah SWT akan memberi syafaat kepada mereka.

Beliau yang ditanya mengenai pencerobohan pengganas militan di Lahad Datu, Sabah berkata: “Saya tidak tahu siapa yang melakukannya (pencerobohan) namun kematian 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia mempertahankan negara adalah syahid.”
 Syeikh Muhammad Sharif dibawa khas dari Makkah ditemui selepas memberi tazkirah yang disampaikan dalam bahasa Melayu, Inggeris serta Arab pada program ‘Malam Munajat Rakyat: Gema Zikir dan Selawat’ dan dihadiri hampir 5,000 umat Islam di Masjid Muadzam Shah di sini malam tadi.

Beliau sebelum itu mengimamkan solat Maghrib dan solat hajat memohon Allah SWT menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya daripada bencana, diikuti solat Isyak.

Program itu dianjurkan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim.

Sheikh Muhammad Sharif berkata pergaduhan atau peperangan sesama umat Islam di akhir zaman adalah tindakan manusia yang memiliki sifat syaitan dan hendaklah dihindari oleh pengikut sebenar Nabi Muhammad SAW.
Beliau yang turut ditanya penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia, berkata dalam Al-Quran terdapat ayat yang jelas menyatakan haram menggunakan nama Allah sebagai nama tuhan oleh bukan Islam.

“Dalam Islam tidak boleh bandingkan nama Allah dalam Bible dan Injil. Orang Bible dan Injil bukan Islam. Macam mana hendak guna nama Allah. Perbuatan ini (guna nama Allah oleh bukan Islam) adalah syirik dan berdosa, tidak boleh buat begini,” katanya.

Beliau menasihatkan umat Islam Malaysia supaya memohon perlindungan Allah SWT dan mengadakan solat hajat agar umat Islam di negara ini terhindar daripada fitnah yang banyak berlaku di akhir zaman.

“Bergaduh sesama umat adalah perbuatan yang ditegah oleh Islam. Umat Muhammad SAW adalah adik-beradik dan kita patut bersatu. Ini nasihat saya,” katanya.

Dalam tazkirahnya pula, Sheikh Muhammad Sharif menegaskan tiada parti politik boleh menjanjikan syurga atau neraka kepada umat Islam dan perbuatan mengkafirkan sesama umat juga ditegah keras oleh Islam.

“Tiada hadis atau ayat dalam al-Quran yang menyatakan menyokong sesuatu pihak atau parti politik boleh masuk syurga. Ini kerja Allah SWT, bukan boleh ditentukan oleh sesiapapun pada zaman ini,” katanya.

Sementara itu Syed Sobri berharap penjelasan Imam Besar Masjid Aba’ah itu berlandaskan al-Quran dalam soal kematian anggota keselamatan, penggunaan kalimah Allah dan menyokong pembangkang boleh masuk syurga perlu dipandang serius oleh umat Islam di negara.

“Saya harap umat Islam yang hadir pada malam ini tidak lagi terpengaruh dengan dakwaan songsang pihak tertentu bersabit tiga perkara berkenaan yang membawa kepada syirik,” katanya.

Imam Besar Masjid Aba’ah, Makkah, Syeikh Mohammad Sharif Mohammad Imrani Al-hafiz berkata Malaysia berada di landasan yang benar dalam mempertahankan kedaulatan dan menjaga keamanan negara daripada pencerobohan pengganas.

Tambahnya, pahlawan Islam yang gugur kerana mempertahankan kedaulatan negara meninggal dunia dalam keadaan syahid.

Beliau berkata demikian selepas mengimamkan solat hajat memohon keamanan dan keselamatan negara pada program Malam Munajat Rakyat di Masjid Muaazam Shah, Kuala Nerang, Kedah malam tadi.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here