28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, November 27, 2020

Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu Belum Muflis

wpid-abdul-aziz-sheikh-fadzir.jpg

KULIM: Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata beliau akan melangsaikan semua bayaran tunggakan kepada bank bagi mengenepikan notis kebankrapan yang diterimanya Selasa.

Beliau berkata, tunggakan itu tidak disedarinya yang merupakan kes lama, berlaku sebelum tahun 2007 membabitkan syarikat keluarganya.

“Saya hanya mendapat maklum (perkara ini) malam semalam dan ia melibatkan kegagalan syarikat keluarga saya membuat pembayaran pinjaman bank. Malah saya tidak berada dalam perniagaan itu lagi.

“Namun, oleh kerana melibatkan saya, saya akan selesaikan dalam tempoh terdekat. Saya telah ambil langkah hubungi bank,” katanya.

Beliau mengulas penyiaran dalam akhbar notis kebankrapan terhadapnya yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan kemudiannya disebarkan secara meluas dalam portal berita serta media sosial.

Notis kebankrapannya itu diiklankan dalam beberapa akhbar tempatan oleh peguam pemiutang, Alliance Investment Bank Berhad, Selasa.

Abdul Aziz berkata, buat masa ini, beliau masih menjalankan tugas sebagai Anggota Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu seperti biasa.

“Justeru, saya meminta orang ramai dan pengundi agar tidak terpengaruh dengan dakwaan bahawa saya telah hilang status sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Berita Berkaitan

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...