Anggota tentera maut ditembak, dua orang awam cedera di Lahad Datu - pakdin.my

tentera-tembak-rakan-lahad-datu
Gambar hiasan

Seorang anggota tentera dilaporkan mati tertembak manakala dua orang awam cedera dalam satu insiden tembakan di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Lahad Datu, Sabah, kira-kira jam 4.45 pagi tadi.

Menurut laporan The Star, penduduk berkata insiden dipercayai berlaku selepas anggota tentera terbabit tidak dibenarkan memasuki kedai serbaneka itu.

Suspek kemudian dipercayai telah tertembak rakannya yang juga seorang anggota tentara dan dua lagi pekerja kedai serbaneka berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah mengesahkan insiden tersebut dan berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca dan motif sebenar.

Dua orang awam, iaitu pekerja kedai serbaneka 24 jam itu yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Lahad Datu.

UTAMABERITAAnggota tentera maut ditembak, dua orang awam cedera di Lahad Datu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium