Statistik Corona

Malaysia
2,127,934
Confirmed
Updated on September 21, 2021 19:59 7:59 pm
Malaysia
1,897,383
Recovered
Updated on September 21, 2021 19:59 7:59 pm
Malaysia
206,473
Active
Updated on September 21, 2021 19:59 7:59 pm
Malaysia
24,078
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,195,958
Confirmed
Updated on September 21, 2021 19:59 7:59 pm
Indonesia
4,002,706
Recovered
Updated on September 21, 2021 19:59 7:59 pm
Indonesia
140,805
Deaths
Updated on September 21, 2021 19:59 7:59 pm

Thailand

Thailand
1,500,105
Confirmed
Updated on September 21, 2021 19:59 7:59 pm
Thailand
1,352,838
Recovered
Updated on September 21, 2021 19:59 7:59 pm
Thailand
15,612
Deaths
Updated on September 21, 2021 19:59 7:59 pm

Global

All countries
230,112,973
Confirmed
Updated on September 21, 2021 19:59 7:59 pm
All countries
205,083,400
Recovered
Updated on September 21, 2021 19:59 7:59 pm
All countries
4,718,225
Deaths
Updated on September 21, 2021 19:59 7:59 pm

Anggota Umno, BN Diminta Tidak Cetuskan Perpecahan

tg-adnan

Anggota Umno dan Barisan Nasional diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau terpengaruh dengan khabar angin berkaitan peletakan jawatan pemimpinnya, yang dilihat hanya akan mencetuskan perpecahan dalam parti itu.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata anggota Umno dan BN perlu bersatu hati menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memacu negara menjadi sebuah negara maju.

“Janganlah kita jadi pencetus kepada pepecahan, negara yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang bergerak ke hadapan.

“Kita nak jadi negara maju, banyak agenda pemimpin kita perlu selesaikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Wilayah Persekutuan Bebas Denggi anjuran Yayasan Kesejahteraan Bandar dan Persatuan Penduduk PPR Seri Semarak di sini, Sabtu.

Mengulas dakwaan seorang anggota parti, yang juga setiausaha bahagian BN di Wilayah Persekutuan, kononnya Muhyiddin akan bercuti panjang dan tempat beliau akan dipangku sementara oleh Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Tengku Adnan berkata:

“Orang ini, dia tak suka Umno ini tenang, BN tenang. Kerajaan BN sedang melaksanakan tanggungjawab dan amanah. Saya tak tahu apa nak jadi kepada negara kita kerana banyak sangat orang (seperti) ini. Barangkali nak tengok negara kita hancur.”

Pada Jumaat Perdana Menteri berkata laporan media sosial bahawa timbalannya akan berundur daripada Kabinet hanyalah ‘rekaan politik’ pihak tertentu.

Najib berkata sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN pula, Muhyiddin sentiasa bersama-sama dalam segala usaha memperkukuh dan memantapkan perjuangan Umno dan BN dan ini merupakan satu usaha berterusan dan masih banyak perlu dilakukan antara beliau serta Muhyiddin.

Berkaitan