Angkasa Nafi Kejadian Bulan Kelilingi Kaabah - pakdin.my

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini menafikan dakwaan blog dan laman sosial Facebook yang mengatakan kejadian pelik bulan mengelilingi Kaabah dan langit bertukar menjadi biru terang akan berlaku di Mekah Jumaat malam. Fenomena yang kononnya berlaku esok juga disebarlan secara meluas melalui khidmat pesanan tingkas (sms)

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa Mohd Fairos Asillam berkata tiada yang istimewa atau ganjil dari segi pergerakan, jarak, keterangan dan fasa bulan pada malam ini.

“Bulan sekadar melintasi Kaabah dan tidak mengelilinginya seperti yang disebarkan kerana ia seperti biasa akan terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat,” katanya.

Fairos turut berkata dakwaan bahawa kenyataan itu diedarkan oleh bekas Ketua Pengarah Angkasa Prof Datuk Dr Mazlan Othman adalah tidak benar memandangkan Mazlan tidak pernah berbuat perkara sedemikian.

Beliau berkata kedudukan bulan dan bumi awal pagi esok adalah 404,738km.

Fairos menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan pengesahan terlebih dahulu di laman sesawang yang boleh dipercayai seperti Angkasa bagi mengelakkan kekeliruan mengenai perkara itu.

Blog dan laman sosial Facebook hari ini menyebarkan maklumat kononnya pada jam 3.25 pagi di Mekah bulan akan mengelilingi Kaabah dan langit akan bertukar menjadi biru terang dan ini hanya berlaku 10 juta tahun sekali, dan menyebut maklumat itu dari bekas ketua pengarah Angkasa.

UTAMABERITAAngkasa Nafi Kejadian Bulan Kelilingi Kaabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium