32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 16, 2021

Annuar dipecat selepas dengar suara akar umbi UMNO

Pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Setiausaha Agung Bersama Sekretariat Muafakat Nasional (MN) dibuat berdasarkan suara akar umbi UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos ketika ditemui hari ini berkata, keputusan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu bukan berdasarkan kapasiti sebagai Presiden.

“Ia (keputusan) mandat yang dibawa oleh bahagian-bahagian UMNO di peringkat akar umbi bukannya keputusan oleh Presiden UMNO.

“Kami sebagai ketua-ketua bahagian hanya menyampaikan sahaja usul berkenaan peringkat pimpinan parti,” katanya.

Jamal ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum membantah aktiviti mencuri benih kerang di Sekinchan kepada Jabatan Perikanan Malaysia, di sini hari ini.

Katanya, akar umbi juga melihat kenyataan Annuar sebelum ini dilihat mengelirukan ahli-ahli parti.

Sementara itu, Jamal juga memaklumkan, beliau bakal calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Parlimen P093 Sungai Besar.

“Satu perkara saya ingin maklumkan bahawa P093, calonnya adalah Jamal Md. Yunos,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.