24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

Annuar pertikai Otai Reformis, bayangkan fraksi Azmin Ali sertai Muafakat Nasional

Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan kewajaran di sebalik desakan Otai Reformasi 1998 yang mendesak kerajaan dan PKR memecat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata, alasan mereka yang Zuraida dan Azmin antara tujuh pemimpin yang dituduh menghina Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak logik.

“Orang yang berani dan berkata benar nak ditendang keluar? Barangkali itulah makna reformasi,” sindirnya menerusi ciapan twitternya hari ini.

Bagaimanapun beliau menegaskan mungkin Muafakat Nasional antara UMNO Pas akan menjadi pilihan untuk kem Mohamed Azmin jika satu hari nanti jika Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu memilih tidak bersama DAP.

Semalam, lebih 50 orang Otai Reformasi 1998 bersama beberapa NGO berkumpul di hadapan Ibu Pejabat PKR Pusat di Tropiciana dan menyerahkan memorandum memecat dan menggugurkan tujuh pemimpin yang diterajui Mohamed Azmin selaku Timbalan Presiden PKR.

Mereka menuntut Zuraida yang juga Naib Presiden PKR juga digugurkan dari kabinet dan digantung keahlian parti selama lamanya ekoran tindakan didakwa menghina Anwar.

Ia juga kerana Zuraida didakwa dengan sengaja meninggalkan Kongres Nasional PKR di Melaka sebagai langkah sabotaj selain mencerca imej Anwar di Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 pada 8 Disember lalu di Hotel Renaissance Kuala Lumpur.

Bagaimanapun semalam, Zuraida enggan melayan tuntutan berkenaan sambil menganggap mereka sebagai kumpulan ‘sampah’.

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...