“Another level punya drama Melayu, asyik nak tergelak je tengok!”

Pelakon, pengacara dan penyanyi, Zara Zya bersyukur dengan sambutan positif dari peminat-peminat drama tempatan terhadap kemunculan drama terbaharunya, Mr Bibik yang disiarkan menerusi slot Akasia pada setiap hari Isnin hingga Jumaat di TV3.

Menurut Zara, penonton sekarang ini lebih sukakan cerita yang tidak berat dan disogok dengan pelbagai konflik kerana ia akan memberi tekanan dan secara tidak langsung membuatkan penonton berasa ‘rimas’.

“Alhamdulillah, syukur. Genre dan watak gila-gila macam ni memang mudah dapat tempat dihati penonton sebab mereka nak cerita, karakter dan watak yang catchy.

“Peminat sebenarnya tak nak stress, penonton sekarang nak yang menghiburkan so, time tayangan ni pula sesuai dengan time mereka balik kerja jadi suka lah dengan cerita yang tak berat macam ni,” katanya.

Selain itu, Zara juga menyifatkan drama Mr Bibik ini adalah hadiah buat peminat-peminatnya yang sudah lama menantikan lakonan beliau.

“Alhamdulillah Mr Bibik ni dapat tempat dihati semua. Dan Zara rasa bila Zara keluar dengan drama yang baru, feedback positif macam ni bagi semangat baru buat Zara.

“Maklumlah, bila COVID-19 drama semua dihentikan dan sekarang dah pulih alhamdulillah, boleh shooting kebetulan drama Mr Bibik pun on-air, jadi Zara rasa happy sangat-sangat. Kiranya, Zara dapat bagi hadiah kepada peminat Zara yang dah lama menunggu lakonan Zara,” jelasnya.

“Ni another level of drama melayu, every scene nak tergelak” Walaupun drama Mr Bibik kini sudah memasuki episod ke-11, namun drama bergenre light comedy ini mempunyai tarikannya tersendiri sehingga dilabel sebagai ‘another level of drama melayu’.

Malah, rata-rata peminat memuji lakonan dan chemistry yang ditunjukkan antara Zara Zya dan Saharul Ridzuan.

#MrBibik ni another level of drama melayu🤣 tak berat ringan je jalan cerita, every scene nak tergelak, xsangka syahrul ridzuan blh selawak tu🤣 ngam plk dgn zara zya🤣🤣🤣 tpi part jantan tak guna tu no komen😗

— ที่รักbahya🇲🇾🇵🇸 (@itieyaya) November 10, 2021

Kan, like sbelum ni ad je cerita dia berlakon watak lawak, tpi yg ni mmg lain dri yg lain🤣😆 penat gelak

— ที่รักbahya🇲🇾🇵🇸 (@itieyaya) November 10, 2021

Ketika ditanya mengenai perkembangan terkininya, Zara kini mengakui sedang sibuk dengan aktiviti-aktiviti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Malaysia Prihatin dan akan terlibat dengan penggambaran drama terbaharunya berjudul Honeymoon yang akan memulakan pengambaran pada Disember depan.

“New drama Insya-Allah, Zara akan shoot drama Honeymoon bulan 12 nanti. Normally, Zara macam ni, kalau shoot episod Zara akan rehat dulu sebulan So,  dalam masa sebulan tu, Zara busy dengan NGO – Malaysian Prihatin, photoshoot sana-sini, buat kempen dan Zara akan selitkan job lain juga.

” Dan, lepastu baru Zara akan sambung semula shoot drama berjudul Honeymoon,” katanya kepada Xtra.

Berkaitan