Antara keselesaan rakyat dan pemimpin

Menteri Besar Negeri Sembilan mempertahankan pembelian kereta baharu kerajaan negeri atas alasan diluluskan oleh kerajaan lama.

Mengapa projek-projek yang diluluskan kerajaan lalu seperti HSR, ECRL, BR1M, UTC boleh dibatalkan atau dikurangkan, tapi bab pembelian kereta mesti diteruskan.

Andaian yang boleh dibuat ialah projek untuk keselesaan rakyat boleh dibatalkan. Yang untuk keselesaan aku dan rakan-rakan boleh diteruskan.
😂

……..
Ikut proses biasa

SEREMBAN: Pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan beberapa anggota pentadbiran negeri tidak menjadi isu kerana ia diluluskan kerajaan negeri sebelum ini.

Menteri Besar, Aminuddin Harun menjelaskan pembelian kereta baharu Honda Accord untuk kegunaan rasmi Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Speaker dan Timbalan Speaker, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Mufti Kerajaan Negeri serta 10 anggota Exco yang keseluruhannya membabitkan kos lebih RM2 juta, adalah proses biasa dan tiada isu.

Katanya, pembelian mengikut proses biasa iaitu kereta lama yang berusia lima tahun boleh digantikan dengan kereta baharu.

“Proses pembelian kereta baharu berlaku ketika kita mula mengambi alih kerajaan negeri, bukan kita luluskan, kerajaan negeri (mesyuarat Exco kerajaan negeri lalu) yang luluskan pembelian kereta baharu ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/409747/ikut-proses-biasa-metrotv

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini