Antara Perhimpunan Agung UMNO dan Muktamar Pas

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Kemarin, tersangka preman di Jakarta Utara dan Jakarta Barat ditangkap

Jakarta (ANTARA) - Sejumlah berita seputar kriminalitas Jakarta terkait...

KISAH ANTI-VAKSIN, ISU PERDANA MENTERI BARU DAN HARAPAN KEPADA YDP AGONG

1. Anti vaksin jadi kambing hitam. Itulah yang mula...

Kim Jong Un label K-Pop sebagai ‘barah mudarat’

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menuduh K-Pop...

限行令延长警方继续设路障·韩沙:接受14日到期通行信

内政部长拿督斯里韩沙再努丁指出,由于政府已延长限行令3.0两周,警方会继续接受将于14日届满的关键领域通行信函,直至28日。

Healthcare Assistant In The UK Steals Dead Patient’s Bank Card To Buy Snacks

A healthcare assistant, Ayesha Basharat was caught stealing an...

najib-pau-2013

Ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur, semalam, Persiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengesahan bahawa perhimpunan itu yang diadakan saban tahun adalag ‘gelanggang’ untuk membentangkan agenda Melayu dan bumiputera, sera memperkasakan umat Islam.

Fakta ini tidak dapat dinafikan oleh siapa juga biarpun salah satu lagi parti Melayu iaitu Pas turut berhimpun melalui muktamar tahunannya namun kesan kepada perjuangan orang Melayu dan memartabatkan Islam entah kemana.

Setiap tahun apabila bersidang, UMNO akan membentangkan pelbagai usul  dengan tujuan untuk membela nasib orang Melayu dan memelihara kesucian Islam. Malah apa yang lebih menarik, seruan supaya Islam bersatu kuhusunya melibatkan UMNO dan Pas sentiasa berkumandang di Perhimpunan Agung UMNO.

Atas nama orang Melayudan demi kepentingan Islam, pemimpin dan ahli UMNO sentiasa menghulurkan salam persaudaraan kepada pemimpin dan ahli Pas. Tetapi kajilah apa yang berlaku di muktamar Pas. Adakah agenda memperkasakan orang Melayu diketengahkan? Apakah soal memertabatkan Islam ditegaskan? Apakah salam persaudaraan yang dihulurkan oleh UMNO disambut?

Sudah pasti tidak! Apa yang kita saksikan, Muktamar dijadikan gelanggang memburuk-burukkan UMNO habis-habisan. Soal mengetengahkan agenda Melayu hanyut entah ke mana kerana bimbang ‘dimarahi’ oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Begitu juga soal memartabatkan Islam,  ia sekadar mainan bibir pemmpin-pemimpin Pas demi kepentingan politik mereka. Apa yang mereka tahu ialah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap hasrat UMNO dalam soal tersebut.

Bagi Pas, UMNO merosakkan Melayu, kepada Pas , UMNO mencemarkan Islam dan kepada Pas hanya kerjasama dengan PKR dan DAP yang terbaik sehingga sanggup mengatakan kesepakatan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) adalah haram.

Tetapi persoalannya, apakah agenda Melayu yang pernah dibentangkan oleh Pas di muktamar mereka? Apakah rancangan Pas untuk memarabatkan Islam? Apakah keuntungan yang Pas dapat dalam menjalin hubungan dengan PKR dan DAP?

Ya, memang benar, kita akui Pas bukan parti memerintah, justeru mereka tidak mempunyai kuasa untuk memastikan sesuatu usul  yang dibentangkan di muktamar menjadi dasar Negara. Namun sebagai sebuah  parti politik, bukankah pas juga mempunyai hak untuk memberi pandangan dan idea, bukannya hanya tahu mengkritik, mengutuk dan memperlekehkan sahaja segala usaha kerajaan yang ditunjangi UMNO.

Kita yakin kepimpinan UMNO sudah pasti tidak akan menolak sebarang idea dan cadangan jika ia boleh meningkatkan martabat orang Melayu dan umat Islam. Bagaimanapun Pas tidak bersikap demikian, muktamar mereka lebih banyak dihiasi dengan pujian kepada pemimpin dan parti sendiri, perbahasan mereka lebih menumpukan kepada usaha mengukuhkan hubungan dengan PKR dan DAP serta menolak sebarang usaha bermuzakarah atau berbaik-baik dengan UMNO.

Inilah bezanya Muktamar Pas dan Perhimpunan Agung UMNO. Pas menjadikan muktamar untuk mencapai agenda politik mereka semata-mata, manakala UMNO menjadikan perhimpunan bagi melaksanakan agenda untuk membela nasib Melayu dan umat Islam.

Oleh itu, seperti mana kata Najib, pemimpin dan ahli UMNO tidak perlu berasa segan silu dalam terus memperjuangkan nasib bangsa kerana parti itu berada di landasan yang benar dan betul. Biarlah apa pun Pas hendak kata kerana yang menilai bukan orang Pas dan penyokon tegar mereka sahaja tetapi orang Melayu secara keseluruhan.

Sudah pastilah orang Melayu tahu siapa yang berani menjadi pembela mereka dan siapa pula sekadar mahu undi mereka. Malah orang Melayu juga pasti memahami siapa yang memartabatkan Islam dan siapa pula berusaha memartabatkan parti sendiri dan memperalatkan Islam.

BACA juga:

Leave a Reply