28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

Antena Jatuh: Umno Pulau Pinang Serah Kepada Pihak Berkuasa Jalankan Siasatan

pemancar-tumbang-penang-5

GEORGE TOWN, 13 Jun  — Umno Pulau Pinang menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian pemancar telekomunikasi yang jatuh dalam kejadian angin kencang di Jalan Macalister, di sini hari Khamis.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata pihaknya akan memberi kerjasama kepada anggota keselamatan bagi memastikan keselamatan Bangunan Umno.

“Kita akan bincang macam mana nak selesaikan masalah ini. Kalau pihak Bomba dan Penyelamat kata kena tutup sementara waktu, tak ada masalah bagi Umno. Kita akan ikut semua arahan yang dikeluarkan pihak polis dan bomba,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, malam ini.

Dalam kejadian pada 6.45 petang itu, pemancar telekomunikasi yang terletak di atas Bangunan Umno di Jalan Macalister di sini jatuh dan menghempap tujuh kenderaan dalam kejadian ribut dan angin kencang yang berlaku di kawasan itu.

Sembilan orang cedera, seorang daripadanya parah dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di sekitar Pulau Pinang.






Berita Berkaitan

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan