Monday - August 2, 2021 @ 14:03
POLITIKAnthony Loke Langgar Privasi - Tunku Aziz

Anthony Loke Langgar Privasi – Tunku Aziz

Tunku Aziz
Tunku Aziz

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau mendedahkan maklumat privasi tentang tawaran DAP kepada anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan supaya menjadi calon pilihan raya.

Sebaliknya beliau mendakwa Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook yang mendehkan maklumat tersebut.

“Orang yang melanggar hak privasidalam isu ini ialah Anthony Loke kerana beliau secara sukarela mendedahkan maklumat itu kepada saya,” katanya di sini, Jumaat.

Sabtu lalu Tunku Aziz ketika berceramah mendedahkan bahawa beliau diminta oleh Loke untuk memujuk Tunku Zain Al-‘Abidin supaya bertanding dalam pilihan raya umum.

Bagaimanapun dalam reaksi balas Loke berkata, maklumat privasi sepatutnya kekal sebagai rahsia.

Malah Tunku Zain turut tampil mengesahkan maklumat berkenaan namun menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang malang kerana perbincangan peribadi itu kini menjadi topik perbualan umum.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here