Monday - August 2, 2021 @ 14:17
POLITIKPILIHAN RAYAAnwar Akan Bertanding Di Perak Pada #PRU13

Anwar Akan Bertanding Di Perak Pada #PRU13

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Sebaliknya, Anwar akan beralih angin ke Perak tanpa menyatakan sama ada beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

“Kita akan putuskan nanti,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini berikutan pembubaran Dewan Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini untuk memberi laluan kepada PRU13.

poster-anawar-permatang-pauhAnwar menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh berikutan satu pilihan raya kecil pada 26 Ogos 2008 yang menyaksikan beliau memperoleh majoriti 15,671 undi. Ia diadakan berikutan keputusan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, melepaskan kerusi Parlimen itu.

“Esok saya akan ke Permatang Pauh untuk memujuk pengundi saya menerima keputusan saya bertanding di Perak,” kata Ketua Pembangkang itu.

Dalam pada itu, Anwar tidak dapat mengesahkan sama ada isterinya yang juga Presiden PKR akan bertanding di Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau turut mengakui masih banyak kerusi DUN dan Parlimen yang bertindih antara anggota pakatan pembangkang. Antara negeri yang belum diselesaikan ialah Pahang, Johor dan Perlis.

Sementara itu, Timbalan Presiden dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Mohamed Azmin Ali berkata masalah perebutan kerusi antara pakatan pembangkang dijangka selesai esok dalam satu mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di ibu pejabat PKR, di sini.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here