Anwar Arah BPR Henti Siasat Kes Rasuah Azmin - pakdin.my

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengarahkan Badan Pencegah Rasuah, BPR menghentikan siasatan kes rasuah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada 1995 apabila Datuk Seri Anwar masih menjawat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Azmin ketika itu adalah Setiausaha Sulit beliau.

Ia didedahkan seorang bekas Pegawai Kanan BPR yang identitinya dirahsiakan melalui blog Raja Petra Kamaruddin.

Pendedahan itu dibuat melalui Malaysiatoday.net.

Raja Petra mendakwa, beliau bertemu dengan seorang bekas pegawai BPR yang sudah bersara di London bulan lalu yang menyerahkan dokumen mengenai kes rasuah membabitkan Azmin.

Dokumen itu antaranya mengandungi laporan polis, laporan siasatan, dokumen ditandatangani, penyata akaun, salinan cek dan baucar dalam kes siasatan 17 tahun lalu oleh BPR.

Menurut Raja Petra, BPR ketika itu memperoleh bukti mencukupi untuk mendakwa Azmin kerana rasuah membabitkan berjuta-juta ringgit tetapi Datuk Seri Anwar mengarahkan BPR untuk tutup kes.

Berikut ialah kenyataan bekas pegawai BPR yang mendakwa beliau terpanggil mendedahkan kes rasuah ini kerana beliau percaya ia ada kaitan dengan dakwaan hubungan sulit Datuk Seri Anwar dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharin.

Siasatan bermula apabila satu laporan polis dibuat pada 24 Mei 1995.

Pengarah Siasatan diarah Ketua Pengarah BPR ketika itu, Datuk Shafee Yahya berjumpa sendiri Azmin di pejabat Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.

Pegawai penyiasat ketika itu berasa pelik dengan arahan dikeluarkan Datuk Shafee namun usaha untuk memperoleh notis pengisytiharan harta akhirnya dapat dikeluarkan untuk meneruskan siasatan memeriksa pengaliran wang dalam akaun Azmin.

Kertas siasatan bagaimanapun dipendam oleh Datuk Shafee atas arahan Datuk Seri Anwar.

Pada 23 September 1997, Datuk Shafee melanggar undang-undang dengan mengarahkan penyiasatan itu ditamatkan.

Bekas pegawai BPR itu mempersoalkan tindakan itu dilakukan kerana berdasarkan fakta kes, cek yang masuk dalam akaun Shamsidar, seorang suri rumah, sudah menjangkau lebih RM7 juta.

Beliau turut mempersoalkan nilai saham yang dimiliki Azmin dan Shamsidar melebihi setengah juta ringgit.

Dokumen boleh dilihat disini:

RPK : Dokumen Buktikan Azmin Korup !

 

UTAMAPOLITIKAnwar Arah BPR Henti Siasat Kes Rasuah Azmin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium