Anwar Cabar Akta Perlembagaan Persekutuan Mempertikaikan Kesahihan 3 pindaan pada 1983, 1984 Dan 1994 Yang Di Luluskan Semasa Dia TPM ? - pakdin.my

Anwar Ibrahim membawa ke mahkamah untuk membatalkan 2 undang-undang yang diluluskan ketika Mahathir adalah Perdana Menteri pada 1983 dan 1984 termasuk satu undang-undang yang diluluskan ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri?

Dah kena screw beberapa dekad baru sekarang dia sedar? ? ?

**********
Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan tuntutan di Mahkamah Persekutuan bagi memohon pembatalkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rang undang-undang (RUU) diluluskan secara automatik sebagai undang-undang tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Anwar memohon kebenaran mahkamah di bawah Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan untuk mempertikaikan kesahihan tiga pindaan pada 1983, 1984 dan 1994 terhadap Akta Perlembagaan untuk diisytiharkan sebagai tidak sah kerana melanggar struktur asas Perlembagaan Persekutuan.

Tindakan beliau adalah bagi mencabar Akta Keselamatan Negara (MKN) 2016, yang diluluskan tanpa perkenan Agong.

Ketua Umum PKR itu diwakili N Surendran dan Latheefa Koya yang memfailkan notis usul ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada hari ini.

Anwar menamakan kerajaan Malaysia sebagai responden tunggal dalam tindakan itu.

UTAMABERITAAnwar Cabar Akta Perlembagaan Persekutuan Mempertikaikan Kesahihan 3 pindaan pada 1983, 1984...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium