30.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

Anwar Cabar Najib Bertanding Di Marang: Satu Publisiti Bodoh

Kalau ada pertandingan siapa paling banyak mencabar, ia pasti sudah dimenangi oleh Anwar Ibrahim. Sikap Anwar yang suka mencabar sudah menjadi satu lawak basi bagi rakyat Malaysia. Asal ada peluang, beliau akan mencabar dan sasarannya pastilah Perdana Menteri kerana percaya itu saja tarafnya. Namun begitu, beliau tidak pula ingin mencabar atau menyahut cabaran Nallakarupan, Umie Hafilda atau Ezam Md Nor yang menjadi kunci segala pertuduhan ke atasnya.

Antara cabaran Anwar terhadap Dato’ Seri Najib ialah debat isu PTPTN, debat bajet, debat isu Melayu, dan yang terbaru ialah beliau mencabar agar Dato’ Seri Najib bertanding di Marang iaitu kawasan Presiden PAS, Hadi Awang.

Persoalannya, apa ke jadahnya Dato’ Seri Najib hendak bertanding di Marang? Sedangkan beliau adalah orang Pekan, dan telah lama berbakti di Pekan. Lainlah seperti pemimpin pembangkang yang ikut suka hati bertanding di mana saja kerana mereka percaya rakyat memilih pemimpin berdasarkan kekerapan ceramah dan kefasihan berpidato dan bukannya berdasarkan khidmat, bakti serta kebolehan bekerja.

Jika ini tidak benar, tidak mungkin Hadi Awang tiba-tiba membuat kenyataan ingin bertanding di Pekan. Sekali lagi, apa ke jadahnya, Hadi nak bertanding di Pekan? Atas dasar apa beliau ingin bertanding di kawasan orang? Apakah jasa beliau kepada rakyat Pekan, sedangkan di Marang juga beliau tidak ada jasa?

Setelah sekian lama, kita semakin arif tentang taktik dan perangai Anwar iaitu beliau akan mencabar seseorang atas perkara yang tidak masuk akal, remeh atau tidak logik yang mana ia pasti akan ditolak. Taktik ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menunjuk hebat tanpa perlu berbuat apa-apa.

Selain itu, beliau juga akan menggunakan isu cabaran ini apabila sudah benar-benar ketandusan isu dan namanya hampir tenggelam. Mungkin beliau benar-benar berpegang kepada prinsip selebriti iaitu lebih baik menimbulkan publisiti murah daripada tiada publisiti langsung. Namun, dalam isu mencabar Dato’ Seri Najib bertanding di Marang ini, tindakan ini bukan lagi dilihat sebagai satu publisiti murah, tetapi bodoh.

Kelihatan seolah-olah Anwar bercakap hanya kerana ingin mengambil perhatian orang ramai walaupun sebenarnya tiada apa untuk dicakapkan.

Strategi saling menukar tempat bertanding ini juga kononnya untuk memperlihatkan yang Hadi Awang bukan diktator. Walhal, Hadi Awang bukan diktator sudah pun diketahui ramai.

Justeru, jika beliau merasa yang beliau perlu membuktikannya, tentulah pelik sekali. Sedangkan semua orang tahu yang beliau hanyalah pak turut kepada DAP dan juga Anwar Ibrahim, iaitu diktator yang sebenar-benarnya.

Hadi juga pasti tahu yang beliau akan malu jika kalah di Marang, tetapi tidak akan malu jika kalah di Pekan. Mungkinkah ini cara untuk mengelak dari malu atau cara halus pihak tertentu untuk menamatkan terus riwayat politik beliau?

Apapun, Hadi Awang bukanlah watak signifikan di dalam Pakatan Rakyat. Hadi tidak punya karisma dan kaliber sebagai pemimpin. Malah, dalam mesyuarat, Hadi hanya memberi ucapan pembukaan sebelum melepaskan tanggungjawab pengerusi kepada orang lain.

Maka, kita tertanya-tanya, apakah permainan Anwar dalam isu ini? Siapakah sebenarnya sasarannya? Najib atau Hadi? Atau sekadar melepaskan ‘gian’ untuk bercakap walaupun tiada isu?

Ataupun kerana terdesak ingin mengalih asakan media mengenai fahaman liberalisasinya yang berbangkit akibat keceluparan mulut anaknya, Nurul Izzah yang membenarkan umat Islam murtad?






Berita Berkaitan

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan