Home / :: BLOG :: / Anwar: Daim boleh sumbang, tapi hati-hati skandal dulu

Anwar: Daim boleh sumbang, tapi hati-hati skandal dulu

Sebelum penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin merupakan salah seorang individu yang sering dikritik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno dan melancarkan Deklarasi Rakyat dengan Pakatan Harapan (HARAPAN), Anwar malah memberi amaran kepada pemimpin partinya agar berhati-hati dengan Daim.

“Dr Mahathir dan Daim merupakan merupakan perancang dan penyebab kapitalisme kroni bertambah parah,” tulis Anwar dalam surat dari penjara kepada PKR yang disiarkan kepada umum pada Mei 2016.

Bagaimanapun, kini setelah Anwar dibebaskan dan berada di kubu sama dengan Daim dan Dr Mahathir, beliau dilihat mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati apabila ditanya tentang kritikannya di masa lalu terhadap Daim.

“Daim boleh menyumbang tapi dia perlu berhati-hati. Orang hargai dia ikut serta, tapi orang juga menyatakan kegelisahan yang mendalam bahawa dia tidak menjelaskan beberapa masalah besar di masa lalu.

Loading...

“Orang kata tak perlu ungkit kesilapan masa lalu, yang mana betul, tapi bagi saya kalau kita mahu bercakap tentang akauntabiliti yang demokratik, ia tidak seharusnya terhad pada (bekas perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak.

“Namun, saya tidak fikir ia harus sehingga menjadi dendam,” kata Anwar dalam wawancara eksklusif di kediamannya hari ini.

https://malaysiakini.com/news/425334
http://pakdin.my/tag/daim-zainuddin
http://pakdin.my/anwar-ibrahim

(Visited 31 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

12 comments

  1. Pengemis Dunia

    Demi kuasa dan wang ringgit ludah boleh dijilat balik..apadehal..

  2. Mohd Fadhil

    Hahahahaha bkn dlu ko kate nuar fitnah ke dlu..hahahahahaha

  3. Rosslan Roslan

    Harap gaduh lagi besar , biar rakyat tahu ini Lah bila undi pd pH……

  4. Halijah Fatin

    Sbb tu Daim mula goyang bila Anwar keluar ????

  5. Jaafar Bakar Apai

    Mulut daim mulut longkang byk kena makan ubat sakit jantung

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading...