Anwar Dicabar Dedah Sumber Kewangan Luar Negara (video) - pakdin.my

AIDCNews – 05/09/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering bercakap persoalan ‘Accountability’ (kebertanggungjawaban) dan ‘good governance’ (pentadbiran bersih dan telus) dicabar oleh dua orang bekas Setiausaha Sulitnya mendedahkan sumber kewangan yang dipercayai dari sumber asing dalam menjayakan karier politiknya di Malaysia.

Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Anwar di Kementerian Kewangan berkata Ketua Umum PKR sering melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kepada pihak lain, tetapi dalam masa sama menyembunyikan sumber kewangannya yang diperolehi dari dana asing.

“Anwar juga perlu bersih dari dakwaan-dakwaan seperti ini”, katanya dalam Buletin Utama, TV3 malam tadi.

Muhamad Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Ketua Umum PKR mengakui beliau juga turut bertanggungjawab membawa ‘duit-duit’ Anwar untuk dibahagikan kepada calon-calon PKR dalam Pilihanraya Umum ke-12.

Rahimi juga turut mempersoalkan apakah motif Anwar membuka sebuah pejabat di Amerika Syarikat (AS), sedangkan beliau merupakan tokoh politik pembangkang di Malaysia.

Rekod-rekod pembayaran gaji kepada staf-staf Anwar di luar negara, serta rekod pendaftaran syarikat Anwar yang berdaftar di Virginia, AS itu turut dipamerkan dalam laporan TV3 itu.

“Dari mana Anwar dapat dana untuk biayai semua operasi di luar negara itu”, katanya.

Selain itu TV3 juga turut mempamerkan dua pucuk surat Anwar kepada dua tokoh dana Yahudi iaitu Carl Gershman, Presiden NED (National Endowment for Democracy) dan George Soros, penyangak Yahudi yang memiliki yayasan kewangannya sendiri yang dinamakan OSI (Open Society Institute).

Kedua-dua tokoh Yahudi ini disebut-sebut sebagai dalang melantik proksi-proksi pemimpin yang disokongnya di dunia Islam, terutamanya di Timur Tengah dengan bertopengkan slogan ‘demokrasi’ dan ‘kebebasan’.

 

UTAMAPOLITIKAnwar Dicabar Dedah Sumber Kewangan Luar Negara (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium