Anwar dicabar saman Aquino yang menuduhnya konspirator isu Lahad Datu

anwar-manila sahkan terlibatDatuk Seri Anwar Ibrahim dicabar supaya menyaman pihak-pihak yang mendakwa Ketua Pembangkang itu sebagai salah seorang konspirator di sebalik pencerobohan berdarah di Lahad Datu, Sabah.

Menurut bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Faizal Affendi, antara yang sepatutnya disaman oleh Anwar ialah Presiden Filipina, Beningno Aquino, badan perisikan tentera dan media negara itu.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

1. Kita cabar Anwar Ibrahim saman akhbar Inquirer News, The Manila Times, Al Jacinto, agensi berita Reuters dan Badan Risikan Tentera Filipina sebab mereka membuat laporan menyatakan Anwar antara tiga dalang di belakang pencerobohan Lahad Datu.

2. Kita juga cabar Anwar saman Presiden Beningno Aquino sebab beliau mengesahkan bahawa ada tiga kumpulan yang menjadi dalang atau tali barut dalam konspirasi serangan di Sabah. Antara tiga konspirator ini, satu adalah pihak dari Malaysia yang sanggup menjadi tali barut untuk menghancurkan negara sendiri.

3. Anwar perlu menghentikan ‘sandiwara saman’ sebagai taktik lapuk untuk tutup mulut orang ramai. Anwar sepatutnya memakai rambut palsu jika tidak mahu Badan Perisik Filipina mengenali beliau semasa pertemuan dengan Nur Misuari.

Published
Categorized as POLITIK

Leave a Reply