27.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Anwar digesa dedah ahli Parlimen sokong tubuh kerajaan baharu

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, rakyat perlu tahu siapa sebenarnya ahli-ahli Parlimen yang berkomplot dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika negara diancam pandemik koronavirus (Covid-19).

Justeru, Anwar didesak mendedahkan senarai sebenar ahli Parlimen yang didakwa akan dibawa menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah pada Selasa ini.


“Di saat rakyat dalam keresahan dan penularan wabak Covid-19 yang mengancam nyawa, bagaimana boleh mereka melayan kemaruk kuasa dan cuba menggugat kestabilan negara ini?

“Kita harap senarai sebenar segera didedahkan supaya rakyat kenal siapa mereka,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter miliknya hari ini.

Pada Khamis lalu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dalam satu kenyataan berkata, beliau telah mendapat perkenan menghadap Al-Sultan Abdullah pada 13 Oktober ini.


Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu juga berkata, beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang akhbarnya pada 23 September lalu.

Pada 23 September lalu, Istana Negara mengeluarkan kenyataan, memaklumkan majlis menghadap Seri Paduka oleh Anwar yang dijadualkan berlangsung sehari sebelum itu ditangguhkan berikutan Al-Sultan Abdullah yang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).


Terdahulu, Anwar mendakwa, beliau mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu serta akan mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan