Statistik Corona

Malaysia
2,436,498
Confirmed
Updated on October 26, 2021 01:33 1:33 am
Malaysia
2,334,783
Recovered
Updated on October 26, 2021 01:33 1:33 am
Malaysia
73,223
Active
Updated on October 26, 2021 01:33 1:33 am
Malaysia
28,492
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,240,479
Confirmed
Updated on October 26, 2021 01:33 1:33 am
Indonesia
4,083,690
Recovered
Updated on October 26, 2021 01:33 1:33 am
Indonesia
143,235
Deaths
Updated on October 26, 2021 01:33 1:33 am

Thailand

Thailand
1,859,157
Confirmed
Updated on October 26, 2021 01:33 1:33 am
Thailand
1,740,316
Recovered
Updated on October 26, 2021 01:33 1:33 am
Thailand
18,799
Deaths
Updated on October 26, 2021 01:33 1:33 am

Global

All countries
244,634,716
Confirmed
Updated on October 26, 2021 01:33 1:33 am
All countries
219,904,699
Recovered
Updated on October 26, 2021 01:33 1:33 am
All countries
4,967,173
Deaths
Updated on October 26, 2021 01:33 1:33 am

Anwar dijangka angkat sumpah bela diri hari ini

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengangkat sumpah bagi membela diri di Mahkamah Tinggi di sini esok atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.

Keterangan membela diri itu bagaimanapun hanya akan dibuat selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah terlebih dahulu membuat keputusan terhadap permohonan Anwar untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hujahan berhubung permohonan tersebut telah dikemukakan oleh peguam Karpal Singh mewakili Anwar dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden pada 3 Ogos lalu selepas Anwar memfailkan permohonan itu pada 26 Julai dan 1 Ogos lalu.

Pada 16 Mei lalu, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar memberi keterangan bela diri setelah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan tersebut.

Anwar, 64 dibicarakan setelah didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Mahkamah sebelum ini menetapkan esok hingga 26 Ogos ini untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberi keterangan membela diri.

Pasukan pembelaan Anwar sebelum ini bercadang memanggil 25 daripada sejumlah 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.

Selain Anwar, antara yang dijangka memberi keterangan sebagai saksi pembelaan ialah pakar asid deoksiribonukleik (DNA), Dr. Brian McDonald dan pakar forensik Dr. David Wells, kedua-duanya dari Australia.

Anwar mengemukakan permohonan menemu bual 15 saksi tersebut dengan alasan pihak pendakwaan diwajibkan di sisi undang-undang untuk memastikan kesemua saksi yang ditawarkan kepada pasukan pembelaan, hadir ke mahkamah untuk ditemu bual oleh peguamnya.

Pada 26 Julai lalu, beliau memohon untuk menemubual lima saksi iaitu Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof; dan pemilik unit kondominium yang didakwa sebagai tempat kejadian, Hasanuddin Abd. Hamid.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021