Saturday - July 24, 2021 @ 22:19
POLITIKPILIHAN RAYAAnwar gagal umum calon penuh PKR di Terengganu

Anwar gagal umum calon penuh PKR di Terengganu

anwar-perlisKEMAMAN 10 April – Seperti diduga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mengumumkan senarai penuh calon PKR yang akan bertanding di negeri ini malam tadi.

Sebaliknya, Anwar yang juga ketua pembangkang hanya bertindak mengumumkan nama seorang calon sahaja iaitu graduan dari Universiti Selangor (Unisel), Kamaruddin Chik untuk bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Kemaman.

Anwar kemudian dilihat tergesa-gesa meninggalkan program tersebut dengan diiringi Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail.

Hal itu menguatkan lagi andaian bahawa parti itu ketandusan ahli berwibawa untuk ditonjolkan selain berlaku pergolakan dalaman berhubung isu perebutan untuk dicalonkan.

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh yang turut sama dalam majlis itu dilihat cuba menjernihkan keadaan apabila menerangkan bahawa PKR belum memuktamadkan senarai penuh calonnya di Terengganu.

“Terdapat beberapa kerusi (Dewan Undangan Negeri) yang bertindih setakat ini dan kita akan umumkan dalam masa terdekat ini. Mungkin dalam tempoh sehari dua lagi.

“Cuma, kerusi ini sahaja (Kemaman) kita telah muktamadkan dan kita tetap akan pertaruhkan dua kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN di Terengganu,” katanya kepada pemberita di Chukai di sini malam tadi.

Sementara itu, Kamaruddin yang merupakan Naib Ketua Cabang PKR Kemaman yakin akan memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti yang besar.

“Saya tidak kisah siapa lawan saya. Berdasarkan jumlah kehadiran penyokong malam ini (tadi) kita yakin akan menang besar di Kemaman,” katanya.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here