Anwar gembira Azmin tidak terlibat video seks - pakdin.my

PORT DICKSON — Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik kenyataan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador, bahawa hasil proses pengecaman wajah ke atas video intim yang tular baru-baru ini adalah negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku dengan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, seperti yang didakwa.

Anwar berkata meskipun maklum bahawa siasatan masih diteruskan pihak polis namun setakat ini pihaknya gembira dengan hasil siasatan itu.

“Walaupun mengakui bahawa siasatan polis masih berterusan dan berdasarkan perkembangan terbaru yang dikeluarkan oleh IGP, sebagai presiden parti, saya gembira untuk mengetahui bahawa Mohamed Azmin tidak terlibat,” beliau berkata kepada pemberita pada program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat Keadilan sesi 2018/2021 di sini, semalam.

Ditanya berhubung gesaan beberapa pihak yang meminta Mohamed Azmin meletakkan jawatan, Anwar berkata pihaknya tidak akan membuat sebarang keputusan sehingga laporan konlusif.

Berkenaan dakwaan terdapat ahli atau pemimpin parti politik yang terlibat dalam tindakan sebaran video tersebut, Anwar menegaskan PKR tidak akan bertolak ansur berhubung perkara itu.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut perlembagaan parti jika terdapat penglibatan mana-mana anggota parti yang disabitkan kesalahan berlandaskan undang-undang.

“Keadilan mengulangi prinsip bahawa kami menolak politik jijik sekeras-kerasnya,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan terdapat klip video seks membabitkan dua lelaki, tular dalam media sosial dan pada 12 Jun, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku dirinya seorang daripada lelaki dalam video itu.

Setakat ini lapan orang termasuk Haziq Abdullah telah ditahan bagi membantu siasatan kes video itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, tidak dapat dikaitkan sebagai pelaku dalam penyebaran video intim.

Katanya ia berdasarkan proses pengecaman wajah yang telah dijalankan oleh Cyber Security Malaysia mendapati ia adalah negatif. — Bernama

https://pakdin.my/tag/bersemburit

UTAMAPOLITIKAnwar gembira Azmin tidak terlibat video seks

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium