30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

Anwar Gunakan Kajang Sebagai Platform Menagih Simpati

anwar_bersalah-liwat

PRK Kajang adalah PRK paling kotor dalam sejarah kerana ia diadakan semata-mata untuk memuaskan nafsu Anwar Ibrahim yang gila publisiti.

Ramai melihat PRK Kajang sebagai petanda Anwar panik dan juga buntu dalam menghadapi rayuan kes liwatnya di mahkamah.   PRK ini adalah cara terbaik untuk Anwar mengalih perhatian rakyat dari kes tersebut.  Di samping itu, PRK Kajang juga boleh dijadikan alasan terbaik untuk Anwar menyalahkan BN atas kekalahan dalam perbicaraan.   Skrip yang dijangka ialah ‘BN telah memastikan Anwar kalah di mahkamah kerana takut beliau menjadi Menteri Besar’.

Perkembangan terbaru mengenai isu air dan juga pergolakan dalaman PKR yang semakin meruncing, membuatkan Anwar semakin buntu.

Anwar menjangka beliau boleh menggunakan sepenuhnya kempen di Kajang untuk meningkatkan sentimen agama dan perkauman melalui isu Kalimah ‘Allah’.   Harapan beliau, keadaaan akan semakin buruk menjelang rayuan kes liwatnya.   Dijangka, momentum ketegangan akan dipertingkatkan sehingga ke hari  keputusan perbicaraan diumumkan.

Malang bagi Anwar kerana rakyat sudah tidak ada masa untuknya.  Semua orang sibuk menguruskan masalah masing-masing, terutama masalah air dan juga denggi di Selangor.   Malah, Anwar ke mahkamah juga tanpa ditemani ribuan penyokong sepertimana tahun-tahun sebelumnya.   Ramalan bahawa Anwar akan keseorangan di penghujung hidupnya nampaknya kian menjadi nyata.

Namun begitu, ini tidak bermakna Anwar akan berserah dan pasrah sahaja.  Kita pasti, Anwar telah bersedia dengan ‘Pelan B’ sekiranya momentum di Kajang tidak meningkat sepertimana yang dirancangnya.


Antara desas-desus yang didengar ialah Anwar akan meletakkan orang yang signifikan juga di Kajang tetapi bukan dirinya.

Tidak tahu apa yang Anwar harapkan dari perancangan ini.  Mungkin tiada apa-apa, tetapi sekadar untuk menjaga air muka bagi memperlihatkan beliau masih mampu mengatur langkah.  Nurul Izzah dan Wan Azizah adalah antara nama yang disebut untuk menggantikan Anwar di Kajang.  Kita tidak pasti bagaimanakah mereka ini akan mampu menjadi pemangkin kepada Anwar untuk ke Putrajaya.

Namun, apa yang pasti ialah Anwar sudah kehabisan langkah.  Beliau sudah sampai ke penghujung jalan yang salah, dan kini sedang berdiri di hadapan pintu penjara.

Wan Azizah atau Nurul Izzah mungkin boleh menggunakan platform Kajang untuk meraih simpati terhadap Anwar.    Pun begitu, Anwar sendiri tahu bahawa airmata mereka juga sudah tidak berapa laku lagi.

Justeru, kita percaya, seperti juga kita semua, Anwar sendiri tidak tahu apakah perancangannya seterusnya melalui PRK Kajang.  Apa yang kita tahu, BN akan bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan rakyat Kajang tidak teraniaya dan pembaziran yang berlaku atas sebab terpaksa melayan  kerakusan nafsu politik Anwar dalam PRK ini, tidaklah sia-sia.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...