Anwar Ibrahim: Banduan tetap banduan - pakdin.my

Utusan Malaysia hari ini mengingatkan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya belajar menerima hakikat sebagai seorang banduan dengan tidak menuntut layanan istimewa mengapatkan rawatan di luar negara.

Melalui ruangan pojok Awang Selamat dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia, akhbar itu berkata pembedahan bahu Anwar sebenarnya boleh dilakukan dalam negara di hospital-hospital yang mempunyai kepakaran mengenainya kerana pembedahan itu bukanlah dikategorikan pembedahan rumit.

“Awang mahu ingatkan beliau agar belajar menerima hakikat. Banduan tetap banduan. Beliau tiada hak untuk menuntut layanan istimewa kerana itu akan menambahkan lagi penghinaan ke atas dirinya pada kaca mata umum.

“Jalanilah proses hukuman di penjara dengan baik seperti banduan lain dan bertaubatlah.

“Sebagai pemimpin, beliau sepatutnya memperlihatkan teladan dalam meyakini kemampuan rakyat tempatan dalam sektor tersebut,” katanya.

Pada masa sama Utusan Malaysia turut mempertikaikan sikap Anwar yang didakwanya terus ghairah membuka luas pintu kepada campur tangan asing semata-mata demi agenda peribadi dan politiknya.

“Inikah jiwa seorang pemimpin yang sepatutnya menjaga teguh kedaulatan tanah air? Sejarah sudah banyak membuktikan bagaimana pengkhianatan mengundang padah buat negara.

“Kepada kerajaan dan pihak berkuasa, janganlah tunduk walaupun sekuat mana tekanan luar agar mengikut telunjuk Anwar. Ini negara dan undang-undang kita. Amerika Syarikat (AS) sendiri patut cermin diri. Negara itu banyak dikaitkan dengan isu kezaliman, hak asasi dan jenayah perang, yang patut diselesaikan terlebih dahulu.

“Kepada Anwar, ingatlah sehebat-hebat manusia merancang, tidak akan dapat mengatasi ketentuanNya,” kata akhbar itu.

Sebelum ini keluarga Anwar mendesak Putrajaya membenarkan ketua umum PKR itu untuk menjalani rawatan di luar negara.

Dr Jeyaindran mengetuai 13 doktor bertugas merawat Anwar, yang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada Februari.

Anwar disabitkan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. Ini merupakan kali ke-2 tuduhan liwat dikenakan ke atas beliau sejak dipecat daripada kerajaan pada 1998.

Keluarga Anwar dan peguam sebelum ini mendesak Putrajaya memberi rawatan segera memandangkan beliau kini menderita serta mengalami kekurangan berat badan, tekanan darah tidak menentu, gastrik, artritis dan otot bahu terkoyak.

Peguam Anwar turut memohon ketua umum PKR itu diletakkan di bawah tahanan rumah bagi menerima rawatan lebih sempurna.

UTAMABERITAAnwar Ibrahim: Banduan tetap banduan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium