Anwar, Mahathir setuju rundingan semula perlantikan anggota kabinet - pakdin.my

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi sokongan padu parti itu kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, beliau juga telah menyampaikan keresahan pimpinan PKR yang memohon agar kaedah rundingan lebih menyeluruh.

“Saya menghargai kunjungan Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) merangkap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir petang semalam.

“Pandangan tersebut disambut baik oleh Mahathir namun harus diputuskan bersama oleh Majlis Presiden Harapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata pengumuman pelantikan tiga portfolio kanan dalam kerajaan membabitkan jawatan Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan belum muktamad.

Katanya, sebarang keputusan mengenai pelantikan itu mestilah dipersetujui secara bersama oleh keempat-empat parti dalam Harapan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau turut menyampaikan pandangan beliau kepada pimpinan PKR bagi memastikan kerajaan Harapan dibawah pimpinan Mahathir mantap dan kukuh serta dapat menyempurnakan tanggungjawab dengan cemerlang.

“Saya menggesa rakan-rakan seperjuangan yang telah menerima mandat rakyat untuk segera menjalankan tugas-tugas menyelamatkan dan membina semula negara kita,” katanya.

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/anwar-ibrahim
https://pakdin.my/tag/mahathir

UTAMAPOLITIKAnwar, Mahathir setuju rundingan semula perlantikan anggota kabinet

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium