Anwar mahu ke istana atau Bukit Aman esok? - pakdin.my

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat hadir ke Bukit Aman esok selepas dipanggil polis bagi memberikan keterangan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed berkata, Anwar bercadang untuk hadir ke Bukit Aman pada sebelah pagi esok selepas gagal berbuat demikian hari ini.

“Justeru, polis sudah menangguhkan janji temu tersebut sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Anwar dipanggil polis selepas tular senarai nama 121 ahli parlimen yang didakwa menyokongnya sebagai perdana menteri.

Enam laporan polis diterima berhubung kes berkenaan termasuk daripada Ahli Parlimen Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris.

Anwar dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok bagi membuktikan mendapat majoriti selesa seperti didakwa sebelum ini.

Bagaimanapun, beberapa wakil rakyat kerajaan termasuk dari Umno dan PAS sudah menyatakan pendirian untuk terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Rujukan:
Polis panggil Anwar berhubung penyebaran senarai didakwa sokongan 121 ahli Parlimen

UTAMABERITAAnwar mahu ke istana atau Bukit Aman esok?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium