32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Anwar: Pakatan mahu ‘angkat’ Najib ketua pembangkang

HULU SELANGOR – “Kita perintah bukan sebab saya masuk penjara atau mahu (Datuk Seri) Najib masuk penjara, tidak. “Kita perintah, kita mahu angkat Najib sebagai ketua pembangkang Parlimen Malaysia, itu saja.” Demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan kira-kira 6,000 penyokong beliau terdiri daripada kaum India, yang hadir pada program Demi Rakyat, Selamatkan Malaysia di Bukit Beruntung dekat sini malam tadi.

Anwar berkata, apabila Najib menjadi ketua pembangkang mudah bagi beliau memperlihatkan bagaimana menguruskan sumber kewangan negara dengan baik sehingga mampu melaksanakan apa yang beliau janjikan selama ini iaitu penurunan harga minyak, pendidikan percuma dan pembatalan kutipan tol.

Menurutnya, PR mampu melaksanakan janji tersebut kerana kerajaan mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan kaedah pengurusan yang betul dan yakin negara tidak mungkin bankrup.

“Orang tanya, Anwar, apa pasal mahu ambil Putrajaya? Sebab negara ini kaya tapi rakyat miskin. “Kita (akan) umum minyak turun, sekolah percuma, tol batal. Saya mahu jawab macam mana ini boleh dilaksanakan kerana saya duduk Menteri Kewangan lapan tahun. Najib kata bankrup. Dia tak boleh kira, dia kena jadi ketua pembangkang,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya Anwar turut menyatakan antara hasrat PR memerintah adalah untuk memperlihatkan amalan pemerintahan adil kepada parti MIC, yang selama dikatakan pembela utama kaum India di negara ini.

Menurutnya, MIC juga perlu ditunjukkan bagaimana kaedah pemerintahan yang adil tanpa unsur rasuah.

“Kita perintah bukan mahu pukul MIC, tapi kita mahu tunjuk MIC apa itu keadilan. Jangan rasuah,” katanya.

Anwar turut menegur Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanthan berhubung kelantangannya di Parlimen yang disifatkan kebudak-budakan dan tidak menghormati ahli dewan.

Menurut Anwar, Kamalanthan tidak seperti pemimpin MIC lain yang dianggap lebih menghormati orang dan beliau menasihatkan Ahli Parlimen berkenaan supaya tidak bersikap sedemikian.

Dalam pada itu, beliau berkata, rakyat harus segera membuat perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Jika tidak, katanya, rakyat perlu menunggu lagi empat atau lima tahun untuk mengubah kerajaan dan terpaksa berada dalam pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang rasuah, bongkah dan kuasa zalim.

Terdahulu, program anjuran sepenuhnya ahli perniagaan Datuk Dr K Ramachandran itu turut dihadiri, Exco Kerajaan Negeri, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar dan Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Mohamed Nazar Yakin.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

Potong Elaun Nelayan, Muhyiddin Lupa Dulu Dia Bersama PH? – Salahuddin Ayob

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari...

Tidur dalam kereta, tiga sekawan maut keracunan gas

BUTTERWORTH — Tiga wanita maut manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal akibat mengalami...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan