28.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

ANWAR PENJENAYAH LIWAT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dicanang dan difitnah oleh pembangkang kononnya ‘mencuri’ atau melesapkan RM42 bilion daripada wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Tidak cukup dengan itu beliau juga difitnah merompak RM2.6 bilion juga dari 1MDB yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Siapa yang membuat andaian, pembohongan dan fitnah ini? Tidak lain tidak bukan ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan pemimpin Pakatan Harapan yang dikuasai DAP, yang telah melakukan siri serangan berkenaan sebagai satu propaganda jahat untuk memburukkan Najib Razak.

Walhal pihak 1MDB sudah berulang kali menjawab bahawa RM42 bilion adalah dana hutang. RM18 bilion daripadanya telah digunakan untuk pembelian syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP), RM1.7 bilion adalah kos pembelian tanah, RM15.4 bilion pula dana pelaburan, manakala RM5.8 bilion dibelanjakan untuk kos kewangan dan baki sebanyak RM900 juta dalam bentuk tunai.

Sementara bagi isu RM2.6 bilion itu pula, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan bertarikh 3 Ogos 2015 ada menyebut “Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB.”

Bukan itu sahaja, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir sendiri mengakui bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, memang datang dari negara itu.

Malah, kedua-dua isu berkenaan juga telah diperakui sendiri oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang mana 36 peratus daripada keahliannya adalah Ahli Palimen dari parti pembangkang.

Bukan itu sahaja, Timbalan Pengerusi PAC juga adalah salah seorang daripada pemimpin DAP sendiri justeru tidak timbul isu bahawa PAC tidak telus dalam siasatannya.

Berbeza dengan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 telah memutuskan bahawa Anwar didapati bersalah atas kes meliwat bekas pembantu peribadinya di sebuah kondo mewah.

Keputusan itu diputuskan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas dibacakan sebutan kesnya selama hampir 2 jam pada hari berkenaan.

Ia bukan kesalahan kali pertama buat Anwar. Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa, Kuala Lumpur pada 1994 dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.

Mahkamah mengarahkan beliau menjalani hukuman itu selepas selesai hukuman penjara enam tahun kerana rasuah, setelah didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah pada 4 April, 1999.

Terang lagi bersuluh kepada kita, Najib yang dituduh sebagai `perompak wang rakyat’ sebenarnya telah disahkan sendiri oleh pihak-pihak berautoriti seperti PAC, SPRM dan Peguam Negara bahawa beliau tidak bersalah. Namanya juga sudah dibersihkan.

Anwar pula, walaupun sudah disahkan oleh mahkamah bahawa beliau adalah seorang penjenayah liwat, namun hukuman dan kesalahan itu dipandang sepi oleh Dr. Mahathir serta pembangkang.

Begitu juga dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang telah didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah namun Dr. Mahathir langsung tidak menyentuh mengenainya.

Apa yang penting pembangkang mahu menanam propaganda dan persepsi buruk terhadap Najib dalam pemikiran rakyat Malaysia meskipun hakikatnya serangan demi serangan yang dijalankan sudah semakin tumpul.

20110101-anwar-gagal

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Drama pemilihan Ketua Menteri Sabah belum tamat, Zahid bertegas

KOTA KINABALU – Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan