Statistik Corona

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Malaysia
201,274
Active
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Malaysia
24,565
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,201,559
Confirmed
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Indonesia
4,012,448
Recovered
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Indonesia
141,114
Deaths
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm

Thailand

Thailand
1,524,613
Confirmed
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Thailand
1,380,362
Recovered
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
Thailand
15,884
Deaths
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm

Global

All countries
231,050,483
Confirmed
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
All countries
206,015,304
Recovered
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm
All countries
4,735,770
Deaths
Updated on September 23, 2021 15:02 3:02 pm

Anwar Perlu Jelaskan Konsep Konsensus Nasional – Nik Abduh

Nik Aziz dan Abduh

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menjelaskan format dan konsep sebenar Konsensus Nasional kepada rakyat sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang berlangsung.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ia bagi memberikan gambaran sebenar mengenai persepsi tersebut dan mengelakkan pelbagai tafsiran yang boleh disalah erti.

“Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR), para pendokong serta penyokong wajar memahami dan meneliti apakah sebenarnya maksud sebenar Konsensus Nasional.

“Saya percaya jika ia dilontarkan lebih awal untuk mendapat pandangan awam, maka perkara ini dapat dimatangkan dengan lebih baik lagi,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, Rabu.

Ahli Parlimen Pasir Mas ini berkata demikian apabila beberapa langkah strategi politik dan idea-idea besar oleh PR dilihat agak pelik dan kurang disenangi rakyat.

Katanya, kes seperti di Kajang dan Konsensus Nasional memerlukan kesepakatan dan dibincangkan secara telus di peringkat PR.

“Samada ia Permuafakatan Kebangsaan, Muzakarah Politik, Dialog Nasional mahupun Kerajaan Campuran atau Perpaduan, ia harus dihuraikan secara eksplisit.

“Jika benar ia adalah agenda besar daripada Pakatan Rakyat, maka Datuk Seri Anwar perlu menghuraikannya dengan lebih jelas,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Konsensus Nasional, beliau turut menyentuh mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah bersetuju untuk membataskan topik perbincangan kepada segmen sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa.

“Namun, empat segmen ini seolah-olah tidak mendapat persetujuan penuh.

“Maka, di mana titik fokalnya?,” ujarnya.

Menyifatkan hubungan antara BN dan PR sebagai ‘terlalu politiking’ dan penuh tipu muslihat politik, beliau berkata agenda bersama seperti lontaran idea Konsensus Nasional boleh meredakan suhu politik dan disenangi rakyat.

“Ia haruslah menjadi satu gerakan yang benar dan amanah, bukan sekadar projek politik yang kelak akan memeningkan rakyat,” katanya.

Katanya, melalui kenyataan-kenyataan media yang dikeluarkan sebelum ini, Kosensus Nasional diutarakan ekoran daripada kebejatan politik terutamanya yang melibatkan isu ketegangan kaum khususnya di negeri Pulau Pinang dan Selangor.

Berkaitan