Anwar salahkan Khalid gagal bela nasib penduduk Kajang #PRKKajang - pakdin.my

khalid ibrahim-anwar ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim terus memperkecil kewibawaan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan mendedahkan kelemahan Menteri Besar dalam mengurus tadbir negeri itu sehinggakan rakyat bawahan gagal diberikan pembelaan sepatutnya.

Anwar berkata, dapatan ini adalah hasil daripada satu kajiselidik untuk mengenalpasti isu-isu setempat yang wajar mendapat pembelaan yang dibuat oleh PKR terhadap 361 responden yang terdiri daripada pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang itu menjelas beliau telah berbincang dengan Insitut Rakyat supaya satu kajian perbandingan khusus dibuat serta-merta untuk mengkaji amalan terbaik yang digunapakai ditempat-tempat lain dalam menangani beberapa masalah yang perlu diberikan keutamaan di Kajang.

“Hasil dari kajian itu akan dibentangkan dan dibincangkan bersama penduduk supaya kita dapat mengembleng tenaga semua pihak untuk menjadikan Kajang selamat, bersih dan lancar,” kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Kerajaan Selangor hanya membelanjakan RM640.24 juta atau 57 peratus daripada RM1.14 bilion yang diperuntukkan bagi MARRIS antara tahun 2010 hingga 2012 dan selebihnya dimasukkan ke dalam wang simpanan rizab dipercayai  sebahagian digunakan bagi menaikkan elaun dan gaji 56 anggota DUN Selangor.

Begitu juga dengan soal pengurusan sampah dan kebersihan yang sering mendapat keluhan dan rungutan dari rakyat.

Walaupun kerajaan negeri sebelum ini dikhabarkan telah membeli 50 buah lori kompaktor yang dimenelan belanja RM14.5 juta, masalah sampah di Selangor tetap kritikal.

Ataupun mungkin segala kegagalan ini turut disumbangkan oleh Anwar sebagai penasihat ekonomi serta kegagalan Lee Chin Cheh, Adun PKR yang melepaskan jawatan baru-baru ini bagi membolehkan Anwar bertanding

UTAMAPILIHAN RAYAAnwar salahkan Khalid gagal bela nasib penduduk Kajang #PRKKajang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium