24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2020

ANWAR SEBAGAI PENASIHAT EKONOMI

DR MAHATHIR MOHAMAD

1. Saya ucap taniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya menganugerahkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan jawatan penasihat ekonomi dengan bayaran hanya RM1 setahun.
2. Mungkin kepimpinan Kerajaan Selangor tidak tahu akan prestasi Dato Seri Anwar sebagai Menteri Kewangan Kerajaan Pusat diwaktu krisis kewangan melanda Malaysia.

3. Dia begitu taksub dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF – International Monetary Fund) dan Bank Dunia sehingga menerima bulat-bulat nasihat Michel Camdessus (pengarah urusan IMF) dan James Wolfensohn (presiden Bank Dunia dan sahabat karibnya) supaya negara ini mengurangkan perbelanjaan Kerajaan untuk mencapai surplus, menaikkan faedah pinjaman bank dengan tinggi supaya peniaga kekeringan modal dan tidak dapat berniaga, memendekkan masa untuk membayar hutang bank daripada enam bulan kepada tiga bulan untuk menjadikan yang berhutang muflis dan bank dibeban dengan hutang tak berbayar (non-performing loans), supaya bank tidak dapat berfungsi dan memerlukan suntikan modal dan bermacam lagi tindakan yang melemahkan dan memburukkan lagi ekonomi negara ini supaya terpaksa mendapat bantuan IMF dan Bank Dunia dengan syarat ekonomi Malaysia diserahkan kepada institusi-institusi ini.

4. Jika pentadbiran ekonomi Malaysia diserahkan kepada IMF maka Dasar Ekonomi Baru akan dihapuskan.

5. Tindakan Anwar ini dikenali dalam akhbar-akhbar sebagai pengamalan dasar IMF tanpa IMF – iaitu tanpa apa-apa bantuan kewangan daripada IMF.

6. Dengan dasar yang diperkenal oleh Dato Seri Anwar maka keadaan ekonomi menjadi lebih buruk dan Ringgit Malaysia jatuh lagi nilainya.

7. Jelas sekali Anwar tidak faham sama sekali pengurusan kewangan dan ekonomi negara.

8. Kuasanya keatas kewangan dan ekonomi terpaksa dipindah kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), sebuah jawatankuasa dan think tank yang ditubuh untuk menangani masalah kesusutan nilai Ringgit dan ekonomi negara.

9. MTEN-lah yang mencipta currency control atau kawalan matawang dan menyekat CLOB (Central Limit Order Book – pasaran saham haram yang ditubuhkan di Singapura) supaya segala perniagaan Ringgit oleh penyangak matawang dan penjualan saham Malaysia dalam CLOB ditamatkan.

10. Tindakan MTEN ini berjaya memulihkan ekonomi dan kewangan negara.

11. Mungkin sikap Gabenor Bank Negara dan Timbalan Gabenor yang cuba mengagalkan currency control tidak ada kena mengena dengan Dato Seri Anwar. Tetapi hakikatnya ialah kedua-dua pegawai ini terletak dibawah bidangkuasa Menteri Kewangan.

12. Saya berdoa Kerajaan Selangor tidak akan dipermainkan oleh Penasihat Ekonominya.

Artikel sebelum iniRizab Negara RM414.5b
Artikel seterusnyaJais Sahkan Penahanan Bob Lokman

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan